04 October 2013

Lactose Intolerance - Alahan Laktosa

Hahahahahaha.... dah kenapa la pulak dok gelak soghang soghang tengah-tengah malam ni. Gelakkan diri sendiri, gelakkan kebodohan diri sendiri... hai la ingatkan dah pandai sangat la kan, dah 4 oghang pun anak, ada kaitan dak bodoh ngan 4 anak hahahahaha. Bila aku ceghita mesti hampa pun gelak kat aku noooo, jgn gelak banyak2 sangat tak baik ingat ketawa rasulullah saw hanyalah senyum :)

Begini ceritanya..... Iman dah seminggu lebih asyik la dok berak berak.... sehari 10 kali ada kot, kadang cirit kadang berak biasa tapi kerap la, bontot pun dah merah2. Dah amik ubat, doktor bagi smecta ni

Picture dari en google

Baik la sehari dua, pastu jadik balik. So skarang aku syak dia mungkin alah pada laktosa macam Alisha jugak. Masa pi jumpa Dr Ahmad selasa lepas ada bagitau kat dia dan dia pun setuju ngan aku.... chehhhh macam aku terer la kan so dia suggest tukar susu tanpa laktosa la. Dalam kepala otak aku yang bijak ini dok ingat selama ini susu tanpa laktosa adalah susu soya sahaja. Dia nak bagi beberapa sampel susu tanpa laktosa kat aku hari tu, tapi misi dia kata semua stok dah habis yang ada susu isomil sahaja yang mana susu isomil ni adalah soya based.

                                                    

Dr Ahmad ada sebut beberapa brand lain tapi aku dengaq tak dengaq saja masa tu, sebabnya Alisha memang dok minum isomil ni dah 2 tahun lebih kot so dok pikiaq tak payah beli hat lain dah la share ngan Alisha sj la lagipun Iman berapa hari saja lagi nak cukup setahun dah. Balik tu aku pun terus la buat susu isomil ni kat Iman, di luahnya susu tu, pastu langsung dia tak mau minum susu, Iman ni kan payah sket bab makan ni semua benda pun dia luah, bukan  takat luah muntah lagi, alah macam kita makan benda yang kita tak lalu la kan.... Pastu si ibu ni pun kesian la kat anaknya itu dah la benda lain tak makan susu pulak tak minum maka bagi la semula susu dia yg asal..... begitulah episod  percubaan minum susu tanpa laktosa iman. Bagi juga smecta la, kurang la sket berak2 nya tu, smecta tu pun bukan dia mau minum aku paksa jugak bagi guna syringe tu masuk la sket kot dalam perut dia.

Hari ni dia start balik pulak(aku taip ni hari khamis malam) berak berak, dok la pikiaq nak buat macam mana la. Tiba2 Allah gerakkan hati aku google la cari susu tanpa laktosa brand lain pulak (aku ni jenis kalau dah suka atau dah biasa dengan satu benda tu maka aku akan setia selamanya la ngan benda tu tak kira la apa pun kan). Bila kluaq result ni dok tengok banyak gak brand susu tanpa laktosa ni pastu baru baca rupanya ada susu lembu tanpa laktosa noooo..... laaaaaa awat la aku tak tau selama ni. Tu yang dok gelak kat diri sendiri. Tu lakan ilmu ni tak kira la dalam bidang apa pun kalau tak di cari tak mai dia kat kita. 

                                   

Semua gambar pun ehsan dari pakcik google

Esok jugak aku pi beli, try pi la kan kot2 Iman mau minum. Susu soya tu tak sedap, Alisha minum campuq milo takkan Iman nak campuq milo gak kan. Agak2 sedap dak susu lemu tanpa laktos ni. Kalau ada sapa2 yang terbaca blog aku ni yang ada pengalaman anak minum susu-susu ni boleh share sket tak pengalaman hampa.

Aduhai awat la selama ni dok pi beli susu tu tak penah pun dok pi belek brand lain, apa salahnya kan kalau pi pegang tin susu tu baca sket info kat tin tu, bukannya aku tak penah nampak brand2 tu kat supermarket2 masa dok beli susu depa tiap2 bulan.... Alahaiiiii







2 comments: