08 December 2013

Birthday Alisha

Alahaiiii... susah bebenor nak leh maintain wat post hari2 kan.... ni dah dekat 2 minggu kot.... banyak kisah nak di lakarkan utk tatapan hari depan tapi apakan daya..... masa tak penah nak menyebelahi daku sampaikan birthday anak pun bleh terlupa .... bz sangat katanya.

Actually birthday Alisha jatuh pada hari selasa 3/12/2013.... tapi disebabkan terlupa 4 hb baru sambut, idak ler sambut besar besaran pun buat kek bagi dia potong saja, gambaq pun ada 4 5 keping saja kot

Homemade chocolate cake

Sepanjang minggu lepas memang hari2 pukul 10 malam baru aku balik umah, hari 3 hb tu sampai umah lps solat isyak dok sembang2 ngan alisha ngan iman tetiba teringat lorrrr harini birthday Icha la.... memang lupa langsung langsung.... nak harap ayah ingat memang tidak la kan.... wish happy birthday saja la kat dia... kesian plak kat anak mak .... Happy Birthday Icha.... semoga Icha membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. So esoknya tu aku balik awal sket dalam pukul 3 camtu, buatkan dia kek coklat favorite dia. Kakak ngan Ali sebuk nak decorate so itulah hasilnya agak comot namun puas hati sebab yang penting Icha suka.


Malam tu beli KFC jer makan kat umah, jadiklah kan yang penting ingatan tu kan walaupun terlewat satu hari.







23 November 2013

Tamat sudah zaman pra sekolah seorang Ali




Alhamdulillah ..... syukur sangat akhirnya Muhammad Ali berjaya menamatkan pengajian di Tadikanya..... hahaha poyo saja kan mcm kan tamat pengajian phd lagi gembiranya. Bila mengenang balik  masa mula2 hantaq dia ke tadika dulu mcm tak sangka la dia dah nak masuk darjah satu pun, sat saja masa berlalu. First time dia masuk tadika masa umur 4 tahun, masa tu pi Tadika Ummi kat Taman Rakyat Alor Setar, sama tadika ngan kakak arah. Hari2 dia buat drama macam-macam kisah boleh buat drama bersiri kot akai tak mau pi sekolah, dan mengaji 4 bulan last2 berhenti mcm tu saja. Masa ni ayah yang uruskan pi hantaq dan ambik setiap hari, aku pagi2 dah kluaq pi keja. Pastu masa 5 tahun daftar beberapa tadika last2 lekat kat Tabika Kemas Sekolah Langgar, tu pun 2 minggu jugak maklang dia dok pi tunggu. Pi sekolah memanjang lambat kadang2 dekat pukui 10 baru sampai sekolah, suka hati dia sj, tapi takpalah janji mau pi skolah. Bab ponteng tu toksah kira la selalu sangat kot tapi berjaya jugak la tamatkan sampai hujung tahun.

Masuk 6 tahun kami pindah mai shah alam , aku bawak dia pi tengok sekolah, cikgu tunjuk kawasan sekitar sekolah, buat bayaran depan dia, dia kalau psiko ngan duit kalah sikit sebab aku selalu dok ceghita kat dia betapa susahnya mak ngan ayah nak cari duit. Alhamdulillah first day aku hantaq dia pi sekolah boleh masuk sendiri tak perlu aku tunggu. Susah hati jugak mula2 tu kalau kat kampung takpa la boleh maklang dia tunggu tapi alhamdulilah Allah maha kaya, dia boleh relek ja masuk sekolah macam kan dah biasa sangat kat sekolah tu. Mungkin environment dan cara cikgu treat dia buat dia rasa seronok kat sekolah tu. Dia memang sangat happy kat sekolah, cikgu pun suka ngan dia sebab dia tak nakal kat sekolah (mengikut feedback cikgu masa perjumpaan).




Aturcara hari tu mula pukul 9, tapi pukul 7.30 cikgu suruh ada sana dah, kami sampai dah dekat pukul 8 jugak. Maklumlah kan bukan senang cikgu nak atur budak2 nak buat persembahan, nak salin baju bagai, aku tengok pun pening memang cikgu2 tadika ni punya tahap kesabaran yang sangat tinggi. Ihtifal ni disertai oleh 4 cawangan tadika Little Caliph ni, tu yang agak ramai dan meriah. Kami pi 4 beranak saja dengan kak wani yang baru sampai sehari sebelum tu dari aloq setaq





Cikgu kumpulkan kat tepi dewan bawah khemah

Ali dah siap berjubah

Acara mula dalam pukul 9 lebih jugak dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zahazan. Rupanya anak dia pun konvo jugak hari tu, anak dia dari cawangan seksyen 19.


Bacaan doa oleh Ustaz Zahazan dan anaknya

Setiap acara diselang selikan dengan persembahan, selepas bacaan doa ni ada bacaan alquran surah alfurqan oleh pelajar dari setiap cawangan. Masyaallah lancar sungguh bacaan depa takdak pun nak sangkut2, kagum betui aku.



Selepas tu baru ucapan perasmian. Majlis ni dirasmikan oleh exco kerajaan negeri tapi nama dia aku tak ingat, sangat simple orangnya.



Selepas perasmian bermula perarakan masuk pelajar2 6 tahun LC Seksyen 7, sekolah Ali lah tu, nasib baik dia turn awai tak la nak kena tunggu lama sangat. Penyampaian sijil dibuat berselang seli dengan persembahan. Tak jumpa la plak gambar masa berarak masuk tu.




Budak pompuan tu gf dia


Founder LC Pn Sabariah Faridah


Ali dapat no 2 dalam kelas dia, terkejut gak aku sebab masa perjumpaan sebelum tu takdak pulak teacher dia bagitau. Alhamdulillah, yang dapat no 1 tu budak pompuan nama dia Ainur Ruqayah, aku ingat nama dia sebab hari2 Ali dok sebut nama dia. Cinta monyet yang bersegi2 hahahaha pening kepala mak dia nak layan. Mula2 budak Ainur ni suka jugak kat dia tapi masa yang sama kawan dia Arif pun suka gak kat Ainur ni so Ali ni dah serba salah, Arif ni kawan baik dia. Ada satu ketika tu Arif ni dah suka kat budak lain so kira Ainur dah dapat kat Ali la tapiiii mai dah hujung tahun Ainur ni suka plak kat budak dari kelas lain. Cerita ni berlaku sepanjang tahun kot, so setiap hari balik dari sekolah dia akan bercerita kat aku dalam kereta sebelum sampai rumah, dia siap pesan jangan bagitau kat ayah nanti ayah ejek dia. Aku layankan aja siap bagi tips2 cinta hahahaha. Nanti bila besaq sket dia baca ceghita ni mesti dia marah aku ceghita kat sini. Takpalah Ali ini kenangan Ali masa tadika, mak takut tua nanti mak  lupa, so bila baca balik nanti baru bleh ingat.   Ainur ni memang pandai la sebab setiap kali teacher bagi exercise dalam kelas mesti dia yang siap dulu, mengikut cerita Ali la. Ali suka dia pun sebab dia pandai.


Ok sambung balik ceghita konvo dah melalut ceghita cinta la plak... selepas tu ada persembahan hafazan yasin dan ayat kursi. Ali masuk persembahan hafazan dan  main kompang. Tengok gambaq saja la nooo dah tak tau nak ceghita apa dah.

Hafazan yasin dan ayat kursi

Khatam tamhid. Belajar al Quran teknik al Baghdadi











Main kompang untuk persembahan tarian


Tukang bawak bunga manggar masa perakan masuk cawangan2 lain




Persembahan terakhir bersama semua teacher. Nyanyi lagu Nora "Pedoman". Sedih sangat masa ni tapi Ali tak sedih pun mak ngan teacher yang sedih


Sempat bersalam ngan Ustaz Zahazan sebelum balik

Jenuh nak ajak bergambar sebelum balik tu sebab dia dah letih sangat.




Doa mak semoga Ali membesar menjadi anak yang soleh  berjaya dunia dan akhirat. Aminnnnnnn



15 November 2013

Salam jumaat

Kemarin zue post artikel ni kat inbox aku, meleleh ayaq mata baca ni. Semoga aku jugak mampu untuk jadi ibu/hamba Allah yang sentiasa redho dengan takdirNYA. Kitakan (aku la selalunya) selalu lalai kalau bab2 macam ni kadang2 tu tak sedaq kan yang semua yang jadi kat kita ni ada yang dok jaga. Semua oghang pun kalau boleh nak apa yang dihajati tu time time tu jugak padahal DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sesunggunya perancangan Allah itu yang paling terbaik untuk kita.

Kongsi dari FB Ustazah Norhafizah Musa
Salam sahabat Fb semua,
Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.

syukran kathiran pada kalian semua para guru. 

wassalam.

14 November 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Hahahaha tajuk tak dak kaitan. Hari ni result UPSR keluarkan. Semua mak mak malam ni dah boleh tido lena. Melampaukan anak2 takdak apa2 mak mak pulak yang lebih2 nervous. Pada yang dapat 5A tu tahniah diucapkan, pada yang tak dapat tu jangan kecewa jangan putus asa. UPSR jer kot panjang lagi perjalanan hidup kalian banyak lagi yang nak ditempuhi. Yang dapat 5A pun jangan nak merasa kita tu hebat sangat dah UPSR bukan penentu anda gagal atau berjaya dalam hidup. Jangan lupa ucapkan terima kasih pada guru2, ibu ayah, tok tok wan  yang sama2 bertungkus lumus membuat persediaan nak amik exam.

Zaman aku dulu takdak UPSR lagi, kami amik periksa Penilaian Darjah 5, aku tak dapat 5A pun. Tapi alhamdulillah jadi oghang gak la ni hahahaha.... Aku rasa takdak pun kot sapa2 dapat 5A kat sekolah aku masa tu.... alahhhh sekolah kampung budak kelas aku masa tu ada dalam 20 lebih ja rasanya. Ada sorang budak laki2 dapat 4A pastu aku dapat 3A1B1C kiranya kami la paling gempaq masa tu.... hahahha gempaq la sangat kan.

Lepas ni sebuk la mak ayah pakat dok isi borang nak berebut masuk sekolah hebat2 kan... la ni saingan banyak... dapat 5A pun belum tentu bleh dapat asrama penuh ataupun MRSM.... takpa kalau tak dapat jangan patah hati plak nanti... kat sekolah biasa pun bleh excel juga janji belajar bersungguh2. Aku dulu dapat masuk Maktab Mahmud ngan Sekolah agama Kedah, tapi aku takmau pi, mati2 aku takmau pi bukan pasai tak mau dok asrama tapi pasai tak mau jadi ustazah.... punya la vangang kan apa la punya cetek pemikiran masa tu.... jahil tak dak dah... kesian arwah ayah ngan mak masa yang dok harap sangat anak depa masuk skolah aliran agama.... takpa anak aku nanti insyaallah aku nak hantar sekolah agama, kira tebus balik kesilapan aku dulu. Aku dulu dok berangan nak masuk MRSM tak padan ngan dapat 3A, amik la jgk exam kelayakan utk masuk MRSM tu, susah kot soalan dia aku boleh jawab brapa soalan saja kot... last2 masuk SMJ, bangga gila kot leh mengaji kat SMJ masa tu sekolah terpilih kot, aku  ngan budak yg dapat 4A tu saja yg dapat masuk SMJ dari sksb masu tu yang lain semua masuk sekolah tok jalai.

Tiba2 terimbau sejarah lama plak kan.... rasa mcm baru saja padahal dah 30 tahun lebih. Pada kawan2 yang anak2 hampa dapat result gempaq tu tahniah la, pada yang kurang tu jangan risau banyak lagi periksa yg depa kena ambik don wori. Pada anak2 menakan aku Razin, Farah, kakchik Anis Tahniah.... fasa pertama dah lepas banyak lagi fasa yang perlu ditempuhi untuk berjaya dalam hidup.


13 November 2013

4 series

Di kongsi dari FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Semoga memberi manfaat pada diri sendiri dan juga kawan-kawan semua yang dah memasuki fasa 4 angka mahupun yang bakal memasuki atau yang telah memasuki. Insyaallah kita sama-sama beristiqamah ke arah kebaikan. Alhamdulillah aku jugak telah memulakan hijrah ke arah yang lebih baik2 doakan semoga aku terus beristiqamah, semoga kita sama2 beristiqamah menuju ke arah kebaikan.

Perkongsian nasihat yg amat baik.

Makna Angka 40 Dalam Usia Manusia.

Assalamu’alaikum,

Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Birthday

Kemarin 12/11/13 birthday zu, petang kemarin belanja dia kek kat secret recipe. Happy 40 birthday. Dah join 4 series club. Walau memasing dah mencapai angka 4 tapi hati masih macam 18 :).

Birthday girl (girl la sangatkan)

The food

Kemarin jugak birthday Ayu (ex smj) Happy birthday Ayu, walau dah masuk 4 series tp maintain mcm 18. Hari ni plak birthday cinda (ex smtas), zie (ex uitm) dan saiful aman (uitm). Happy birthday semua. Semoga pertambahan umur menambah kematangan dalam meneruskan kehidupan, semoga sentiasa mendapat rahmat dariNYA

Kakak aku pun sambut besday gak kemarin, tapi aku tak ingat dah yang keberapa, Happy birthday kak, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik olehNYA.




12 November 2013

Kapten Boleh


Aku perlu fokus untuk men capai matlamat asal..... fokus fokus .... fokus... saya boleh lakukan... saya boleh lakukan ... saya boleh lakukan.... haahahha dah macam kapten boleh plak dah. Macam mana ekk nak make sure fokus kita tak lari. Aku rasa sekarang ni susah betui nak fokus. PhD....... Dr......