13 February 2014

Darah

Scary dak tajuk.... actually bukan nak berceghita bab yang scary cuma nak menyeru kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang kat luar sana supaya menderma darah. Bukannya apa kadang-kadang tu dok terpikir kan Alisha perlukan darah sebulan sekali..... apa akan jadi kalau tiba-tiba time tu darah takdak stok.... nauzubillah.... aku tau ramai kat luar sana yang pemurah yang suka menderma darahkan.

Darah kat Malaysia ni diuruskan oleh Pusat Darah Negara. Semua darah yang didermakan akan disaring terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pesakit. Mengikut maklumat yang aku dapat dari nurse kat ppum saja ada lebih kurang 100 pesakit yang perlukan darah secara berkala ni, tu baru satu hospital, ada brapa banyak hospital kat malaysia ni kan.... itu belum termasuk kes-kes emergency, pembedahan dan lain-lain yang perlukan darah.

Pusat Darah Negara memang secara rutin buat kempen Derma Darah ni, so bleh check kat website depa. Tak perlu susah2 nak ke PDN, kempen Derma Darah ni merata tempat ada buat kan mcm kat shopping kompleks, ofis-ofis. Kalau ada kempen derma darah dekat tempat anda, cubalah menderma. Derma darah ni kira bersedekah jugaklah. Banyak pahala dapat kita membantu oghang yang memerlukan.

Memanglah sesetengah oghang tu takut tengok jarum tu kan, yang mabuk darah tu apatah lagikan. tapi kalau tak cuba tak tau kan. Banyak yang aku dengar komen sapa yang dah mula menderma jadi ketagih pulak nak derma seronok katanya. Aku nak ceghita pengalaman pun aku pun tak penah menderma hahahaha... bukan tak mau tapi tak lepas.... hb aku selalu rendah. Sebelum boleh derma misi akan check dulu tau layak ka tak layak kita untuk menderma. So cakap banyak tak guna JOM MENDERMA.

KEMPEN DERMA DARAH
sumber dari Website Pusat Darah Negara. Untuk hari seterusnya bleh check disini
TarikhPenganjurLokasi Derma DarahWaktu MulaWaktu Tamat
Khamis
13/02/2014

1
 AIR ASIA LEVEL 1, LCC TERMINAL (LCCT), JALAN KLIA 53 SOUTHERN SUPPORT KLIA SEPANG 10:30 AM 05:00 PM
2
 GRACE HUB SDN BHD (FURAMA BUKIT BINTANG HOTEL) GRACE HUB SB (FURAMA BKT BINTANG HOTEL), NO 136, JLN CHANGKAT THAMBI DOLLAH, KL 10:00 AM 04:00 PM
3
 TENAGA NASIONAL BHD (KEPONG) GF @ WISMA TNB, JALAN KEPONG, KL 08:00 AM 03:00 PM
4
 KUIS - KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SEL BILIK LATIHAN KUIS, BLOK PENTADBIRAN (BERHAMPIRAN MASJID) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR, BANDAR SERI PUTRA 09:30 AM 03:00 PM
5
 MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS RESOURCE CENTER, MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS, NO 2 JALAN TUN SAMBATHAN 3, BRICKFIELDS, KL 10:00 AM 04:00 PM
6
 JABATAN ARAH REKOD DAN PENCEN MINDEF DEWAN SEROJA, KEM KEMENTAH, JALAN PADANG TEMBAK, KL 08:30 AM 04:00 PM
JADUAL INI TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PINDAAN.


12 February 2014

Desferal - buang zat besi dalam darah

kemarin aku ada mention pasai rawatan untuk buang iron dalam badan pesakit talasemia kan. aku dah jumpa kat youtube mamat ni tunjukkan mcm mana prosesnya tu




Seriau gak tengok. Selain kaedah ni ada jugak kaedah oral (makan ubat). Tapi doktor kata kaedah ni paling terbaik. Rasa-rasa mampu dak aku nak buat kat Alisha ...... huk..huk ..huk... dan mampu tak dia menahan...
YA ALLAH kau permudah kan lah.......

11 February 2014

Alisha

Dah lama tak update pasal Alisha rasanya. Alhamdulillah dia sihat sekarang ni. Dah bertukar tadika tahun ni masuk Tadika Rama-rama Bistari Little Caliph.... haaaa sekolah Ali dulu. Dulu kan Ali ada keluar kat TV3. So dia pun nak masuk sekolah tu jugak sebab nak keluar tv jugak hahahaha....

Comey tak kak ton
Mula bulan 12 Alisha kena masuk darah sebulan sekali. Maknanya sekarang dia dah Major Thalassemia. Doktor buat keputusan selepas lebih kurang 5 bulan observation. Mula-mula dulukan dia kerap demam dan setiap kali demam hb dia akan drop sampai 6 lebih saja.... lepas bulan ke 5 tu dah nampak pattern walau dia tak demam pun tapi still hb dia drop jugak. So sekarang sebulan samada 4 atau 3 minggu sekali bergantung pada result post hb dia (result darah selepas darah di masukkan). Setiap bulan 2 kali lah dia kena ke hospital iaitu 2 hari sebelum darah dimasukkan dia perlu check dulu tahap hb nya berapa. Selain dari hb ada beberapa benda lain yang depa monitor antaranya adalah kandungan  iron (zat besi) dalam darah.


Uniform sekolah

Menurut penerangan nurse kat daycare ppum tu, seboleh mungkin hb pesakit talasemia major di pastikan berada pada tahap bacaan 11 ke atas. Ini untuk elakkan dari limpa dan hatinya membesar.  Alhamdulillah sejak tu dia dah semakin sihat, demam pun jarang sangat dah. Kalau demam pun takdak lah sampai kena masuk wad lagi. Muka pun dah nampak kemerah-merahan semula dah tak pucat macam selalu, makan makin berselera. Cuma sekarang dia kena kurangkan makan makanan yang banyak zat besi macam milo, daging merah, sayur bayam and so on ....

Dah macam kuih pau daaa

Kesan dari kemasukan darah yang berulangkali ni akan menyebabkan kandungan zatbesi dalam badan pesakit talasemia akan berlebihan. Sooooo kalau dah lebih kena lah buang pulak kan. Buat masa ni tahap zat besi dalam badan Alisha masih terkawal. Rawatan untuk buang zat besi untuk Alisha akan bermula selepas 10 kali dimasukkan darah ataupun bacaan ferritin (zat besi) melebihi 1000 yang mana dululah. Sampai tarikh hari ni Alisha dah terima darah dah 7 kali bermakna tak lama lagilah akan bermula episod baru tu. Nanti dah mula aku cerita lain. Aku pun suspen gak menantikan saat tu sebabnya rawatan ni samada kena ambik pil untuk seumur hidup ataupun zat besi tu disedut dengan satu mesin yang mana jarum perlu berada di badan dia lebih kurang 8 jam sehari. Seminggu mungkin 2 atau 3 kali sedut. Rawatan ni dibuat dirumah saja yang mana bermakna ibu atau ayahnya yang kena tolong cocok itu jarum..... scary memikirkannya pun tapi apa2 pun kami sekeluarga kena kuat untuk mengharungi ini semua.



Kalau tak buat tak boleh ka.... kesian budak tu dah la kena cucuk masuk darah pastu kena cucuk lagi nak buang zat besi pulak. TIDAK BOLEH (kecuali kalau dia boleh makan ubat) tapi aku difahamkan oleh doktor rawatan terbaik adalah desferal. (maklumat lanjut boleh baca kat SINI).  Satu satunya rawatan untuk Talasemia major adalah melalui pemindahan sum sum tulang. Kami belum fikir lagi mengenai rawatan ni buat masa sekarang ni sebab banyaakkkkkkk sgttttt faktor yang perlu diambil kira sebelum rawatan pemindahan sum sum tulang boleh di buat.



Apa apa pun sekarang ni kami cuba bagi yang terbaik untuk Alisha. Besar harapan kami untuk tengok dia membesar sihat macam orang lain juga. Kami dah berusaha yang terbaik untuk dia selain itu hanya ALLAH yang lebih mengetahui. Doa kami moga Alisha sentiasa sihat cergas macam kanak-kanak normal yang lain.

10 February 2014

Jom Meluncur


Kejadian masih pada cuti sekolah. Masa ni dah minggu terakhir cuti. Kami dah balik dari kampung pun. Dah janji dengan Atif nak bawak dia ngan semua anak-anak aku pi Kidzania. Tapi bila memikirkan betapa ramainya orang masa cuti sekolah ni so tukar location kita pi main ice skating lah kat Sunway Pyramid. Actually Ali dah banyak kali dok ajak pi ice skate ni dia terpengaruh ngan kartun Chibi Maruko Chan kot, sebuk dok ajak aku pi main.


Atif ngan kakak

Ali
peneman setia



Sebelum ke Sunway Pyramid singgah makan dulu kat chinese muslim restoran kat area Taipan. Pegi makan sekali dengan angah, ammar dan mas. Angah ngan Ammar tak jadi ikut sebab sebuk ngan exam. Angah nak marking, ammar ada paper esoknya tu. Dah makan kenyang2 semua baru berdesup ke Sunway Pyramid. Hari tu sabtu so bleh tahan gak la berpusing nak dapatkan parking. Dah lebih 10 tahun jugak tak menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid ni, bleh tahan jakun gak la aku. Memang segala-galanya dah lain. Kalau dulu Sunway Pyramid ngan Subang Parade tu mcm tempat permainan saja.... tempat lepak... tempat dating.... huhuhu nostalgia


Beratur beli tiket

Harga tiket




kena pakai stokin dengan sarung tangan

Nak masuk main tu kena pakai stokin dengan sarung tangan. Stokin terlupa nak bawak, beli kat satu kedai dalam sunway pyramid tu jugaklah. Sarung tangan beli kat kaunter masa amik tiket. Rasanya stokin pun ada jual kat kaunter tu.

Dah pakai sebelah pastu sebelah lagi kena mintak tlg kakak naqiah



Depa masuk berempat saja Insyirah, Ali, Atif ngan Naqiah. Alisha aku tak bagi masuk takut Naqiah tak sempat nak tengokkan nanti. Aku dah tentu tak bleh masuk sebab nak kena jaga Iman, ayah tak ikut. 

Mula melangkah masuk ke ice ring

Dok berpaut kat dinding tak leh nak lepas tangan


Ali sampai oghang kena tolong pegang


Naqiah pun sama ntah sapa2 disambarnya pegang oghang tu sebab nak jatuh

Sejam pertama depa abih dengan berpaut kat dinding tu saja. Nasib baik tak bagi Alisha masuk sekali. Ali dah nak menangis dah tak berani bergerak ke mana-mana. Aku kat luar dah sakit perut dok gelak kat depa. Aku biarkan saja dulu




Langsung tak bleh nak ke tengah

Kesian plak aku tengok depa dok terkial2 kat dalam tu, dah berapa kali jatuh bangun jatuh bangun jatuh lagi hahahaha.... aku pun panggil keluar dulu semua suruh rehat sekejap.... ajak balik tak mau lagi .... Depa habaq bleh sewa tempat duduk yang boleh di tolak, pandai plak tu siap depa dah tanya siap2 kat oghang yang dah sewa dulu. Sejam RM 50 jugak rasanya, lebih kurang tu lah tak berapa nak ingat.... hahahaha masalah keterlupaan aku dah makin menjadi-jadi......

Tu benda alah yang warna oren tu la yang disewanya

Barulah lancar pergerakan masing2, mmg satu ice ring tu depa pusing


barulah masing2 ceria

Lepas sewa benda alah kereta tolak tu.... haaa masing2 bukan main lagi.... dah tak main kot2 tepi ni.... depa gilir2 lawan tolak. Bila dah kat tengah tu baru la masing2 pandai nak imbangkan badan dah boleh berdiri dan baru la boleh skate.

Dah pandai skate sendiri dah

ewahhhhh

Dah terer tu susah la plak nak ajak balik, jenuh dok panggil. Bukannya dengaq kalau kelui pun, dok gamit saja la ajak balik.... Iman dah mula buat perangai dah letih dok tunggu, aku pun dah tak larat nak dok ligan dia asyik dok berlari kat dalam tu.



dah boring la depa ni bila nak keluaq ni

kami kena tunggu kat luaq sj

cewahhh dah terer la konon

bukan main eksyen lagi 

hahahaha lepas 5 saat

dua-dua tewas



Dah dekat pukul 8 jugak baru depa kluaq, masuk dari pukul 3 lebih. Seronok bukan main lagi. Keluar tu baru la masing2 rasa lapar dahaga semua ada la. Singgah makan  dulu sebelum balik.

Bergambar dulu sebelum balik


Siap dah tanya bila nak mai pulak




06 February 2014

EPHYRA

Hari ni aku nak kongsi pasal Ephyra. Ephyra adalah minuman kesihatan berasaskan kolagen yang kaya dengan vitamin C dan 9 keajaiban alam semulajadi (kolagen ikan laut dalam, acai beri, astaxanthin, L-glutathione, acerolla cherry,  serbuk tomato, bunga marigold, superberry dan gam akasia.




Apa kebaikan Ephyra ni??


Haaa nampak tu macam-macam kebaikan yang dia ada. Aku sendiri pun dah try consume kolagen ni, alhamdulillah nampak la perubahan kat muka ni, takdak la kusam macam dulu lagi. Kalau dulu kulit kat tepi kuku aku ni selalu kering dan merekah, la ni alhamdulillah dah kurang banyak la. Mungkin sebab bila minum kolagen ni kita kena minum banyak air, sebab tu la sama kot kulit kita bleh jadi lembab.... ker salah teori aku ni... hahahaha.... 

Aku ni bukannya jenis yang rajin consume apa2 pun produk kesihatan ni tapi alhamdulillah dengan Ephyra ni aku boleh bertahan la plak. Mungkin sebab rasanya yang masam-masam manis macam oren sunquick tu, sedap la bagi aku sebab aku ni memang suka makanan atau minuman yang masam-masam. Selain dari rasa yang penting bagi aku adalah EPHYRA ni ada pensijilan halal dari JAKIM dan juga kelulusan KKM.



Memey tu dah jadi duta EPHYRA la ni, dia yang start amik ephyra pastu ephyra terus lantik jadi duta, tu la untung jadi artis kan, aku minum ni takdak sapa la plak nak lantik jadi duta nooo.... hahahaha ada hati.  Ok balik pada cerita asal..... aku sebelum cuba memang aku cari dulu bab2 halal haram ni takut weyyy nak jadik darah daging ni. EPHYRA ni produk anak tempatan yang memang confirm dapat sijil halal dari JAKIM, kalau tak yakin pi check sendiri kat website halal JAKIM nu cari oceanlife marketing sdn. bhd. atau search sj EPHYRA. Ni aku  snapshot

T




Tu dia harga dia berbaloi-baloi habaq pi kat hampa. RM197 dapat 30 sachet. Tahan sebulan tu kalu minum sehari 1 sachet. Aku dulu mula2  amik 2 sachet 1 hari almaklum la kulit muka aku ni kritikal dah tapi la ni aku maintain satu sachet sj sehari. Kalu hampa nak cuba dulu boleh beli yang trial pack RM68 saja ada 10 sachet. Tapi aku rasa baik hampa amik yang 30 sachet terus bukan apa takut tak nampak sangat kesan dia kalau 10 sachet sj. Kalau nak try rasa dulu macam mana rasa dia habaq mai kat aku, aku bleh bagi dulu 1 sachet beda rasa.

Kalau rasa2 berminat jangan malu jangan segan contact aku: email - suhaila.hashim@gmail.com. sms/whatsapp 0124937905 aku nanti bagi special price kat hampa semua



Ni muka tuan tanah si empunya cerita







05 February 2014

Cerita ceriti cuti sekolah - Part 2 (jom main masak-masak)

Kelas memasak di GBOB Shah Alam


Kejadian berlaku pada minggu ke dua cuti sekolah (kalau tak silap la, lama sangat baru nak bercerita kan sampai dah lupa tarikh). Sesaja daftar kakak, Ali dan Alisha kat GBOB ni, nak bagi ada aktiviti sementara nak balik kampung. Hari sabtu rasanya kot mula pukul 9 sampai 12 tengahari. Sekejap saja pun tapi the kids enjoy themselves very much. Itu yang penting pun. Seronok dapat main ngan tepung, dengan perkakas memasak. Kalau kat umah susah sket nak bagi kan, haaaa kat sini masak la engkau puas2. 


Sebelum kelas bermula bergambar dengan Teacher dulu


Teacher sedang tulis nama kat sticker utk pakai dibaju

Dalam satu kelas ada 8 orang saja, so sempat la teacher dengan sorang pembantu nak melayan kerenah sorang chef-chef cilik ni.


Alisha dah tak sabaq nak memasak


Baca doa dulu sebelum mula
Sebelum kelas mula, teacher suruh baca doa dulu, teacher tanya sapa nak baca doa, Ali dengan beraninya volenteer untuk baca doa, syabas bete

Basuh tangan dulu sebelum pegang bahan memasak

Chef cilik

Nampak tu dah tak sabar-sabar

Menu pertama white coklat biskut oreo (taktau nama sebenar menu ni, lupa sebenarnya). Simple menu untuk train motor skill budak2 ni. Teacher tolong letakkan white chocolate dalam mould tu, depa kena bukak biskut oreo tu lekatkan  batang plastik kat  atas krim, cantumkan semula dan letak dalam mould tu semula. Simple but meaningful.


sabar menanti giliran


macam mana nak buat ni.....

begitu tekun sekali Ali mengerjakan biskut oreonya

Alisha mula tu perlu bantuan teacher


Yeay Alisha dah pandai buat sendiri
Rasanya Alisya peserta paling muda, walaupun perlu banyak bantuan dari teacher tapi dia berjaya buat sendiri banyak benda jugaklah

bersungguh-sungguh menyiapkan menu masing-masing




Alisha dah siap

Teacher letakkan lapisan coklat putih kat bahagian atas pula


Masa untuk deco

Tabur jangan tak tabur


Dah pun siap, ketepikan supaya coklat tu mengeras

Menu kedua adalah cup cake. Tak sabar bebudak ni nak bermain dengan tepung. Nak sukat sendiri tepung, gula, nak pecahkan telur. Satu pengalaman yang sangat best bagi depa



ready

Mula, kakak yang paling besar mulakan dulu

bersungguh-sungguh Alisha menyukat tepung



Dah siap sukat masuk dalam pengayak, aktiviti mengayak tepung pun bermula. Lawak betui budak2 ni semua mula nak mengayak tu. Bukannya pengayak yang bergerak tapi badan depa yang dok goyang. Lepas  dua tiga kali cubaan semua dah ok la, dah terer mengayak.





Alisha last sekali siap, asyik badan yang bergoyang bukannya pengayak

Tunggu arahan seterusnya dari teacher


Teacher tengah tunjuk measuring cup yang betul utk sukat marjerin

tengah pilih measuring cup 


Teacher tolong sukat dan masukkan marjerin

sukat gula pulak


Bukan main seronok lagi alisha bleh main masak2 yer







okay dah masuk 3 bahan tu dah boleh mula pukul rata






Alisha sampai kena berdiri, punya bersungguh nak mix semua bahan

Teacher tolong mix guna mixer


Lepas depa dah mix kan semua bahan, teacher guna hand mixer utk sebatikan semua bahan-bahan. Lepas tu sessi memecahkan telur plak.  Pecahkan telur dalam bekas kecil dulu, takut termasuk kulit sekali. Macam2 gaya memasing nak pecahkan telur.







sambung mengacau



Masa untuk masukkan tepung

dah siap utk dibakar






Dah siap isi dalam cup, dah boleh mula membakar. Dapat la sorang dalam 8 biji cupcakes. Oven ada dua sj, ada 8 dulang yang nak dibakar, so lama la sket masa menunggunya. Tak sabar2 la bebudak ni asyik dok jenguk ke dalam oven






yeayyy dah masak, ready for deco plak























Packing time


Akhirnya pukul 1 lebih jugak baru siap semuanya. Dah siap deco semua,  teacher bagi kotak utk bawak balik kek masing-masing. Lepas tu teacher bagi sijil.


























Balik umah paksa mak dengan ayah makan kek yang depa buat. Tapi depa memang enjoy la hari tu. Satu pengalaman baru bagi depa.