Kelas memasak di GBOB Shah Alam
Kejadian berlaku pada minggu ke dua cuti sekolah (kalau tak silap la, lama sangat baru nak bercerita kan sampai dah lupa tarikh). Sesaja daftar kakak, Ali dan Alisha kat GBOB ni, nak bagi ada aktiviti sementara nak balik kampung. Hari sabtu rasanya kot mula pukul 9 sampai 12 tengahari. Sekejap saja pun tapi the kids enjoy themselves very much. Itu yang penting pun. Seronok dapat main ngan tepung, dengan perkakas memasak. Kalau kat umah susah sket nak bagi kan, haaaa kat sini masak la engkau puas2.
 |
Sebelum kelas bermula bergambar dengan Teacher dulu |
 |
Teacher sedang tulis nama kat sticker utk pakai dibaju |
Dalam satu kelas ada 8 orang saja, so sempat la teacher dengan sorang pembantu nak melayan kerenah sorang chef-chef cilik ni.
 |
Alisha dah tak sabaq nak memasak |
 |
Baca doa dulu sebelum mula |
Sebelum kelas mula, teacher suruh baca doa dulu, teacher tanya sapa nak baca doa, Ali dengan beraninya volenteer untuk baca doa, syabas bete
 |
Basuh tangan dulu sebelum pegang bahan memasak |
 |
Chef cilik |
 |
Nampak tu dah tak sabar-sabar |
Menu pertama white coklat biskut oreo (taktau nama sebenar menu ni, lupa sebenarnya). Simple menu untuk train motor skill budak2 ni. Teacher tolong letakkan white chocolate dalam mould tu, depa kena bukak biskut oreo tu lekatkan batang plastik kat atas krim, cantumkan semula dan letak dalam mould tu semula. Simple but meaningful.
 |
sabar menanti giliran |
 |
macam mana nak buat ni..... |
 |
begitu tekun sekali Ali mengerjakan biskut oreonya |
 |
Alisha mula tu perlu bantuan teacher |
 |
Yeay Alisha dah pandai buat sendiri |
Rasanya Alisya peserta paling muda, walaupun perlu banyak bantuan dari teacher tapi dia berjaya buat sendiri banyak benda jugaklah
 |
bersungguh-sungguh menyiapkan menu masing-masing |
 |
Alisha dah siap |
 |
Teacher letakkan lapisan coklat putih kat bahagian atas pula |
 |
Masa untuk deco |
 |
Tabur jangan tak tabur |
 |
Dah pun siap, ketepikan supaya coklat tu mengeras |
Menu kedua adalah cup cake. Tak sabar bebudak ni nak bermain dengan tepung. Nak sukat sendiri tepung, gula, nak pecahkan telur. Satu pengalaman yang sangat best bagi depa
 |
ready |
 |
Mula, kakak yang paling besar mulakan dulu |
 |
bersungguh-sungguh Alisha menyukat tepung |
Dah siap sukat masuk dalam pengayak, aktiviti mengayak tepung pun bermula. Lawak betui budak2 ni semua mula nak mengayak tu. Bukannya pengayak yang bergerak tapi badan depa yang dok goyang. Lepas dua tiga kali cubaan semua dah ok la, dah terer mengayak.
 |
Alisha last sekali siap, asyik badan yang bergoyang bukannya pengayak |
 |
Tunggu arahan seterusnya dari teacher |
 |
Teacher tengah tunjuk measuring cup yang betul utk sukat marjerin |
 |
tengah pilih measuring cup |
 |
Teacher tolong sukat dan masukkan marjerin |
 |
sukat gula pulak |
 |
Bukan main seronok lagi alisha bleh main masak2 yer |
 |
okay dah masuk 3 bahan tu dah boleh mula pukul rata |
 |
Alisha sampai kena berdiri, punya bersungguh nak mix semua bahan |
 |
Teacher tolong mix guna mixer |
Lepas depa dah mix kan semua bahan, teacher guna hand mixer utk sebatikan semua bahan-bahan. Lepas tu sessi memecahkan telur plak. Pecahkan telur dalam bekas kecil dulu, takut termasuk kulit sekali. Macam2 gaya memasing nak pecahkan telur.
 |
sambung mengacau |
 |
Masa untuk masukkan tepung |
 |
dah siap utk dibakar |
Dah siap isi dalam cup, dah boleh mula membakar. Dapat la sorang dalam 8 biji cupcakes. Oven ada dua sj, ada 8 dulang yang nak dibakar, so lama la sket masa menunggunya. Tak sabar2 la bebudak ni asyik dok jenguk ke dalam oven
 |
yeayyy dah masak, ready for deco plak |
 |
Packing time |
Akhirnya pukul 1 lebih jugak baru siap semuanya. Dah siap deco semua, teacher bagi kotak utk bawak balik kek masing-masing. Lepas tu teacher bagi sijil.
Balik umah paksa mak dengan ayah makan kek yang depa buat. Tapi depa memang enjoy la hari tu. Satu pengalaman baru bagi depa.
No comments:
Post a Comment