31 August 2013

Merdeka Merdeka Merdeka

Salam merdeka

Selamat menyambut hari merdeka buat semua. Apa erti Merdeka buat anda? Aku sebuk ngan literature review di pagi merdeka ini, takdan nak tengok perbarisan kat tv pun.

Muhammad Ali @MHI @TV3


Hari khamis 29/8/2013 Ali terpilih untuk ke program MHI kat TV3, pasai kemerdekaan. Tadika Little Caliph dijemput oleh tv3 utk budak2 ni buat persembahan. Dapat short notice from mhi sempat berlatih 2 hari saja, kena menyanyi lagu Tanggal 31 Ogos, dengan Saya Anak Malaysia, dan ada satu sajak, utk sajak Ali kena hafal sket saja yang bahagian bawah sajak tu. 2 hari tu sebuk la berlatih bersungguh2 hati ni. Jenuh la kat rumah gheyuh ngan lagu tanggal 31, dia pasang dari youtube.

Pagi khamis tu bangun sket punya awai, sekali kejut sj terus lompat bangkit masuk bilik air mandi.... hahahaha semangat sungguh. Pukui 6.15 ayah pi hantaq kat sekolah. Kami semua tunggu depan tv la pagi tu, sebelum tu tak penah pun dok tengok MHI ni, Ali punya pasai hari tu semua pakat dok melanguk tengok MHI termasuk tok ngan mak2 menakan kat kampung.

Dalam pukui 8.45 cam keluaq la depa punya segmen tu, tapi sayang sebab masa tak cukup depa tak nyanyi pun lagu tanggal 31 tu, kesian pulak Ali teruk2 praktis tp tak leh perform pun, yang ada cuma bacaan sajak oleh budak pompuan, baru 5 tahun budak tu tapi keletah bukan main lagi. Hos hari tu Ahmad Fetri Yahya ngan sorang pompuan aku tak tau sapa nama dia, hos baru rasanya sebab tu aku tak kenai. Penyanyi Black pun ada, Black tanya Ali sapa nama, confident sj dia jawab lepas tu black tanya kenai tak abang ni sapa, terus senyap Ali. Hahahaha mana la Ali kenai artis2 ni kan, kalau ustaz Don ngan ustaz Kazim tu Ali kenai la pasai mak ngan ayah selalu tengok kat umah, depa asyik dok tengok katun saja.

Ali dok languk tengok apa la tu


Black tengah interview

29 August 2013

come back

cubaan cubaan.... hidup ke lagi blog ni