Ada banyak kisah nak dikisahkan di sini untuk tatapan di kemudian hari namun apakan daya masa tak pernah nak menyebelahi daku. Cerita raya haji pun tak terbuat lagi, takpa kasi hold dulu itu cerita, ini kisah Alisha lagi.
Hari sabtu lepas balik dari kampung (balik dari kampung hari jumaat) Alisha dah mula selsema tapi tak serius la lite2 jer, bagi makan ubat selsema. Tapi hari ahad tu nampak makin kuat plak selsemanya, malam tu dia demam sikit tak tinggi sangat so tak risau sangat lagi. Hari isnin pun tak sihat jugak lagi, dia demam tapi tak kuat sangat, dia ni selalunya kalau demam mesti cecah 40 degree punya. Tapi tak boleh jadi ni sebab hari jumaat (25/10) depan aku ada agenda tersendiri so kena make sure depa semua sihat, kalau tidak memang kena cancel la agenda aku tu.
So malam tu bawak ke DEMC, ceghita lebih kurang dengan doctor tu (pi outpatient klinik kan jumpa doct yg berlainan so kena la ceghita sejarah dia lebih kurang kalau tak dia bagi ubat 3 serangkai tu saja). Request suruh doct amik darah, tak lama pun tunggu sebab oghang tak ramai malam tu, doct panggil masuk semula bilik rawatan, masa kami masuk tu doct the cakap kat telefon sambil pegang result darah Alisha. Tengok pada situasi tu dan based pada conversation doct tu kat telefon aku dah boleh agak hb Alisha drop lagi la ni. Memang tepat seperti dijangkakan hb Alisha 6.8 sahaja meaning kena masuk darah lagi. Terus minta doct tu buatkan referal letter untuk ke PPUM, lebih mudah kalau kat sana sebab dia dah ada rekod disana, doct suggest suruh pi malam tu jugak, tapi sebab kami kan rakyat ramai so esok paginya tu baru pi ke PPUM lepas hantar Ali pi sekolah, kakak pulak hantaq pi umah Zu.
Sampai kat PPUM dalam pukul 9, terus ke bahagian ER, dua kali gak aku pusing ER cari pintu masuk ke parking.... hahahaha selalu kan pi terus ke bangunan paediatrik, ini first time ke ER, pastu baru ku tahu rupanya kat ER ni ada bahagian khas untuk kanak-kanak so cepatlah prosesnya sebabkan tak ramai oghang sangatlah sebab tak bercampur dengan oghang dewasa. Sampai kat kaunter terus tunjuk referral letter dari DEMC tu, nurse kat kaunter tu dok bincang sama2 depa nak register kat situ ka nak ke klinik talas terus.... haaaa sudah aku kata mula dah nak tolak menolak kami ke merata bahagian la tu.... tapi alhamdulillah ada sorang misi india yang agak senior tu bertegas suruh daftar jugak kat situ pastu hantar ke wad paediatrik katanya. Sebenarnya kalau kat klinik talasemia tu ada bahagian daycare, kat situ semua budak2 talasemia yang kena masuk darah tiap2 bulan akan pi masuk darah disitu sj tanpa perlu admit ke wad. Alisha pulak tak penah lagi ke daycare sebab dia kan baru sekali dimasukkan darah kat wad. Kes Alisha ni masih dalam pemerhatian doktor samada dia nanti pun akan perlu dimasukkan darah sebulan sekali, bila dah confirm baru doct akan rujuk dia ke daycare, wad pulak penuh hari tu, itu yang mula2 tu nurse ngan doct kat situ jenuh la dok menelepon sat ke daycare la sat ke wad la. Tapi nurse2 ngan doct2 kat situ semuanya baik2 belaka dan seperti biasa doktor2 pelatih yang ramai. Sementara nak settle pasal pendaftaran tu sempat la doct2 pelatih tu dok kerumun Alisha. Jenuh la ayah nak jawab soalan2 yang rasanya dah bleh hafal kot, lepas ni aku kena rakam siap2 kot setiap jawapan tu.
Dah settle semua kat ER tu kami di bawa ke wad 8, wad yang sama Alisha masuk sebelum ni
|
Bilik rawatan kat paediatrik ER |
Lepak kat wad lama jugak baru dapat darah, ya lah nak kena tunggu darah dari blood bank , sebelum bagi kat patient depa nak kena test dulu darah tu sesuai tak ngan patient, lama pun tak pa janji darah yang dapat tu selamat dari sebarang anasir. Jenuh gak la kami dok menunggu kat dalam wad tu, sempat turun makan kat cafe kat bawah dulu. Jenuh dok mengepung si Iman la, abih satu bilik tu dia conquer.
Pukul 4 jugak baru mula masuk darah, aku dah siap2 mandikan Alisha bagi pakai baju tidoq sebab 4 jam kot baru dah abih masuk darah tu
Alhamdulillah proses masukkan darah berjalan lancar. Cuma kena stop sekejap sebab dia kencing penuh diaper sampai melimpah ruah basah semua tilam selimut terpaksa stop sekejap tukar cadar baju semua. Memang sepanjang proses masukkan darah dia akan kencing banyak sebab doktor ada masukkan ubat utk keluarkan air dari dalam darah yang dimasukkan, maknanya hanya sel-sel darah saja yang masuk dalam badan dia. Macam tu lebih kurang yang aku paham kalau tersalah mintak maap lah yer. Pukul 8 lebih sikit selesai lah semuanya, Alisha pun nampak makin segar, dia macam vampire lah dapat darah saja aktif semula.
Dalam pukul 9 lebih macam tu aku balik ngan Iman, ayah tunggu Alisha. Terus pi amik kakak ngan abang kat umah Zu. Alhamdulillah zu dok dekat dapat la jugak mintak tolong ngan dia, memang dah selalu sangat pun dia jadik penyelamat di waktu2 kecemasan, hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik dia sekeluarga, terima kasih yang tak terhingga I love u lah zu...... :). Besok petangnya Alisha dah boleh discharge. HB dia lepas masuk darah 9.9