11 February 2014

Alisha

Dah lama tak update pasal Alisha rasanya. Alhamdulillah dia sihat sekarang ni. Dah bertukar tadika tahun ni masuk Tadika Rama-rama Bistari Little Caliph.... haaaa sekolah Ali dulu. Dulu kan Ali ada keluar kat TV3. So dia pun nak masuk sekolah tu jugak sebab nak keluar tv jugak hahahaha....

Comey tak kak ton
Mula bulan 12 Alisha kena masuk darah sebulan sekali. Maknanya sekarang dia dah Major Thalassemia. Doktor buat keputusan selepas lebih kurang 5 bulan observation. Mula-mula dulukan dia kerap demam dan setiap kali demam hb dia akan drop sampai 6 lebih saja.... lepas bulan ke 5 tu dah nampak pattern walau dia tak demam pun tapi still hb dia drop jugak. So sekarang sebulan samada 4 atau 3 minggu sekali bergantung pada result post hb dia (result darah selepas darah di masukkan). Setiap bulan 2 kali lah dia kena ke hospital iaitu 2 hari sebelum darah dimasukkan dia perlu check dulu tahap hb nya berapa. Selain dari hb ada beberapa benda lain yang depa monitor antaranya adalah kandungan  iron (zat besi) dalam darah.


Uniform sekolah

Menurut penerangan nurse kat daycare ppum tu, seboleh mungkin hb pesakit talasemia major di pastikan berada pada tahap bacaan 11 ke atas. Ini untuk elakkan dari limpa dan hatinya membesar.  Alhamdulillah sejak tu dia dah semakin sihat, demam pun jarang sangat dah. Kalau demam pun takdak lah sampai kena masuk wad lagi. Muka pun dah nampak kemerah-merahan semula dah tak pucat macam selalu, makan makin berselera. Cuma sekarang dia kena kurangkan makan makanan yang banyak zat besi macam milo, daging merah, sayur bayam and so on ....

Dah macam kuih pau daaa

Kesan dari kemasukan darah yang berulangkali ni akan menyebabkan kandungan zatbesi dalam badan pesakit talasemia akan berlebihan. Sooooo kalau dah lebih kena lah buang pulak kan. Buat masa ni tahap zat besi dalam badan Alisha masih terkawal. Rawatan untuk buang zat besi untuk Alisha akan bermula selepas 10 kali dimasukkan darah ataupun bacaan ferritin (zat besi) melebihi 1000 yang mana dululah. Sampai tarikh hari ni Alisha dah terima darah dah 7 kali bermakna tak lama lagilah akan bermula episod baru tu. Nanti dah mula aku cerita lain. Aku pun suspen gak menantikan saat tu sebabnya rawatan ni samada kena ambik pil untuk seumur hidup ataupun zat besi tu disedut dengan satu mesin yang mana jarum perlu berada di badan dia lebih kurang 8 jam sehari. Seminggu mungkin 2 atau 3 kali sedut. Rawatan ni dibuat dirumah saja yang mana bermakna ibu atau ayahnya yang kena tolong cocok itu jarum..... scary memikirkannya pun tapi apa2 pun kami sekeluarga kena kuat untuk mengharungi ini semua.



Kalau tak buat tak boleh ka.... kesian budak tu dah la kena cucuk masuk darah pastu kena cucuk lagi nak buang zat besi pulak. TIDAK BOLEH (kecuali kalau dia boleh makan ubat) tapi aku difahamkan oleh doktor rawatan terbaik adalah desferal. (maklumat lanjut boleh baca kat SINI).  Satu satunya rawatan untuk Talasemia major adalah melalui pemindahan sum sum tulang. Kami belum fikir lagi mengenai rawatan ni buat masa sekarang ni sebab banyaakkkkkkk sgttttt faktor yang perlu diambil kira sebelum rawatan pemindahan sum sum tulang boleh di buat.



Apa apa pun sekarang ni kami cuba bagi yang terbaik untuk Alisha. Besar harapan kami untuk tengok dia membesar sihat macam orang lain juga. Kami dah berusaha yang terbaik untuk dia selain itu hanya ALLAH yang lebih mengetahui. Doa kami moga Alisha sentiasa sihat cergas macam kanak-kanak normal yang lain.

No comments:

Post a Comment