03 October 2013

Jenis-jenis Talasemia

Mai kita sambung ceghita pasai Talasemia plak, lama dah dok janji nak ceghita tapi takdan memanjang, masa 24 jam tu pendek sangat rasanya, proposal pun tak siap2 lagi, break sekejap satgi sambung balik buat proposal dah tepu kot otak ni maklum la umuq dok koi muda.

Ok lah kata nak ceghita pasai talasemia kan.... pi dok pusing tang lain dulu plak... Talasamia di bahagikan kepada dua jenis. Iaitu Talasemia minor dan Talasemia major.... itu yang selalu kita boleh baca kat mana-mana tapi ada lagi satu jenis talasemia iaitu Talasemia Intermediate, Iman dan Alisha tergolong dalam kategori ni, aku ceghita ni mengikut kata doktor la, aku bukannya pandai bab2 ni biologi pun tak penah belajaq. Talasemia intermediate ni istimewa katanya sebab dia boleh jadi minor dan dia jugak boleh jadi major. Dari apa yang aku dok search kat internet dok jumpa yang minor ngan major saja. Sebab tu masa mula2 tau Alisha ada talasemia dulu aku ingatkan dia termasuk kategori minor. samada penerangan doktor masa tu tak cukup jelas atau aku yang tak berapa cerdik sampai tak paham wallahualam.

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai
    kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia
    atau pembawa
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai
    baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
  •                                

    Aku cuma tau pasai adanya kategori Talasemia Intermediate ni lepas Dr Ahmad dari DEMC tu terangkan, pastu bila mula check-up kat PPUM Dr Shaker pun cakap benda yang sama. Aku dah penah ceghita kat sini tentang talasemia dalam keluarga kami

    Talasemia intermediate adalah sebuah kondisi peralihan antara bentuk besar dan kecil. Individu yang terkena sering dapat mengelola hidup normal tapi mungkin perlu transfusi sesekali misalnya pada saat sakit atau kehamilan, tergantung pada tingkat keparahan anemia mereka. copy paste dari sini 


    Kalau nak penerangan yang lebih jelas boleh baca kat sini dan kat sini. Hahhh engkau baca jangan tak baca dah reseacher katanya kan. Dalam bentuk power point  tu senang  sket nak baca, kalau nak journal pun aku boleh bagi hahahaha, dok search journal pasai talasemia lagi banyak dari topik phd patut tak siap2 proposal kan..... dak dak yg tu pastinya priority, yg ni time2 senggang takpun bila dah tepu sgt time nak rilek2 tu kan... orang rilek baca gossip aku time rilek baca journal talasemia ... ko ada

    Tanda-tanda dan gejala talasemia

    • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
    • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
    • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
    • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
    • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

    Alisha dah menunjukkan tanda-tanda dan gejala kat atas, muka dia memang selalu nampak pucat, mata dia kekuningan, perut dia mmg buncit sket walaupun dia bukan kuat makan masa tu, aku ingatkan sebab dia kuat minum susu. Itulah kalau takdak ilmu dok buat pandai sendiri, kesian kat Alisha. Tulang pipi dan dahi dia dah nampak tinggi sket. Tapi doktor kata keadaan dia tak serius lagi masih boleh di kawal, kira masih di peringkat awal la (alhamdulillah kalau tak aku lagi rasa bersalah)

    Perasan tak tulang pipi dia tinggi sket

    Iman pulak masih belum menunjukkan tanda2 perubahan pada fizikal cuma lately dia nampak pucat dan dia juga tak mau makan. Kurang selera makan juga salah satu gejala talasemia. Macam Alisha sebelum kena tambah darah haritu dia memang taknak makan, asyik minum susu saja, pastu roti itupun dalam kuantiti yang sangat sedikit. Lepas ja tambah darah haritu terus berselera, masa kat wad lagi dia dah mula nak makan saja kejanya. Sampaikan masa kat wad makanan hospital memang aku tak boleh tumpang langsung, dia sorang saja boleh abiskan nasi tu.

    Setiap bulan masa check up dr akan observe pembesaran samada membesar secara normal ataupun tak, saiz hati dan limpa dan juga paras haemoglobin, bermakna setiap bulan kena amik darah, alhamdulillah dua2 Alisha dan Iman ok saja masa amik darah, nangis sket2 tu biasa aaa.

    Iman cool sj kena amik darah

    Keadaan Alisha dan Iman sekarang masih di peringkat pertengahan, dan doa aku selalu semoga mereka bertahan pada peringkat ini atau lebih baik pada peringkat minor, cuma harap sangat jangan menjadi major, semua ini kuasa Allah, aku hanya mampu berdoa, moga doa seorang ibu dimakbulkan insyaAllah. Doktor memantau perkembangan depa dua orang secara sebab tu check up 3 minggu sekali sj sekarang ni, sebab Alisha kan dah 2 kali kena tambah darah berselang 3 bulan.

    Setakat ini  satu-satunya penawar bagi penyakit ini adalah bone marrow transplant ataupun pemindahan sum sum tulang. Dan aku langsung tidak pernah memikirkan pun lagi tentang ini, belum masanya kot. Satu-satunya penyumbang hanyalah kakak sebab dia sorang sj yang normal.

    Bila sembang ngan oghang selalu oghang bagi petua kat aku yg selalunya aku ia kan saja, kata oghang amik makanan seperti kerang, hati (dah tak ingat apa lagi) boleh membantu tambah darah, ya kalau anemia biasa tapi tidak untuk pesakit talasemia sebab talasemia adalah penyakit genetik. Namun aku tak penah jemu mahupun mengalah untuk berikhtiar. Sekian.



    Sharing is Caring

    No comments:

    Post a Comment