Berjaya keluar dari rumah pukul 11.30 pagi camtu la lebih kurang, bukan senang ya nak menyiapkan empat oghang anak hahahaha.... jenuh bersilat. Plannya nak makan tengahari kat Banting. Perjalanan lebih kurang sejam, Dalam 12.45 camtu sampai ke Pekan Banting, terus singgah kat satu restoran ni namanya Sri Lang Restoran. Dulu aku penah kursus kat Pusat Angkasa Negara kat Banting ni, ada oghang rekemen makan kat restoran ni, masa tu tak sempat singgah so hari ni singgah la makan kat sini
Tengah buat bayaran sebelum balik |
Walaupun belum pukul 1 tapi nampaknya makanan yang tinggal dah tak berapa banyak pilihan, memang ramai oghang la kot kan, masa kami masuk tu dah tak berapa ramai sangat dah. Ayah pilih lauk aku dok makan saja.... hahahaha kalau aku pilih nanti ada saja yg tak kena.
Lauk yang kami order hari tu 2 ketul gulai ayam, 1 ketul ikan pari asam pedas, sayur tauge, sambal terung, cencaru bakar, nasi ayam 2. kakak ngan Alisha makan nasi ayam, nasi putih 3, minuman 3 jenis laici teh o ais dan sirap bandung. Semua tu rm28 percaya dak? Aku sampai hari ni dok kira mcm mana bleh jadi rm28 sj, nak kata cashier tu silap kira ayah dah tanya banyak kali. Murah gila kan, tak penah lagi la aku makan semurah itu.
Lepas makan tu bawak depa pi Pusat Angkasa Negara, tak masuk la pi tengok dari luar saja, tak amik gambaq pun sebab panas sangat semua tak nak turun kereta. Dari situ saja drive ke kawasan kampung di situ nak beli kerepek, dok nampak satu papan tanda dok tunjuk Jaez Mini market, dok ikut la signage tu sampai ke dalam kampung mana tah.... sekali sampai haaa engkau mini market kat tengah2 kampung, besaq gak la kedai dia tu, macam2 jenis kerepek ada.
Kalau tengok ke kerepek yang ada semua pun nampak sedap, semua nak ambik, rambang mata gak la di buatnya, dah nama pun pompuan kan, shopping kerepek pun rambang mata hahahaha. tapi sila la sedar diri kita bukannya mai dengan bas mini, dengan kesedaran yang ada amik 2 jenis kerepek saja yang besaq 5 kilo kot satu beg tu, tapi harganya baru RM17 satu.....
|
Macam macam ada |
ok kakak bayar ya |
Selain kerepek semua barangan keperluan harian ada jual kat sini. Kagum gak la aku mini market macam ni boleh ada kat tengah2 kampung macam ni.
Jom la kita balik |
Rumah tokey kerepek (aku rasa la sebab ada sebelah mini market tu) |
Dah selesai shopping kerepek , cari masjid solat zohor dulu. Jumpa masjid kat dalam kawasan tu jugak. Sangat bersih masjid tu memang terjaga rapi lah, jarang aku jumpa masjid sebegitu bersih kalau kat kawasan luar bandar. Mungkin sebab masjid tu terletak dekat dengan Homestay yang agak terkenal (lupa la plak nama homestay tu), kawasan tu menjadi tarikan pelancong sebab tu masjid tu terjaga rapi.
Porch pintu masuk |
Kat pintu masuk, kawasan sembahyang sebelah dalam pintu cermin tu |
Kat kawasan tepi masjid ni siap ada taman landskap, nampak macam baru buat cantik sangat. Toilet ngan tempat ambik air sembahyang pun bersih.
Selesai solat carik kat waze rumah Hj Sidek, bapak kepada pemain badminton tersohor negara satu ketika dulu, Misbun, Razif, Jalani dan Rashid. Rupanya dekat simpang mula-mula nak masuk ke Pusat Sains Negara, tepi jalan besar saja. Singgah amik gambar kat monumen badminton yang depa buat depan rumah, takdak apa pun kat situ ada monumen tu saja.
Anak-anak aku dok marah buat apa mai kat sini bukannya ada apa pun, jenuh dok ceghita plak pasai pemain badminton zaman dulu-dulu ni, depa kenai Datuk Lee Chong Wei saja. Masing-masing dah tak sabaq nak pi tengok laut, nak pi Pantai Morib.
Ceghita Pantai Morib next entry la plak, mengantuk gila dah ni, nak baca journal pun dah tak mampu....
No comments:
Post a Comment