10 October 2013

Monthly Check-up

Hari jumaat 2 petang menuju lah kami ke PPUM untuk pemeriksaan bulanan Alisha dan Iman. Sampai agak lambat kelam kabut cari parking, penuh plak kat blok paediatrik tu, patah balik ke parking bertingkat, nasib baik dapat kat level 2 which is kat sini ada jejantas yang sambung bangunan parking ni dengan bangunan paediatrik. Kalau tak jenuh nak mengusung stroller turun naik tangga.

Ayah terus ke masjid solat jumaat, aku settlekan pendaftaran kat level 2. Settle pendaftaran singgah kat kedai roti yang ada kat level 2 tu beli bekal siap2, beli roti ngan air kotak, suruh Ali ngan Alisha pilih sendiri apa depa nak. Tengah dok beli ayah pun sampai, terus naik level 4, misi dok tunggu lama dah nak timbang

Timbang pun nanges iman ni

Mula-mula Alisha dulu yang timbang dan ukur ketinggian, Alisha ni senang diuruskan semua dia buat sendiri saja, mak ayah observe dari jauh saja. Iman jangan la misi dekat pun dah nanges. Timbang saja pun dah meraung bukan main kuat lagi.

Lepas timbang terus ke klinik talasemia, bilik timbang ni kat level 4 jugak, tapi kat luar sket, klinik talas kat dalam sket. Klinik ni  tak ramai orang sebab selalunya depa set appointment untuk 5 orang pesakit saja. Cuma nak tunggu result darah tu ja yang lambat sket. 

Masuk bilik untuk amik darah, Iman amik dulu darah, sekali lagi dia meraung bukan sebab sakit sangat pun tapi sebab geram misi tu dok pegang tangan dia, settle Iman turn Icha plak, Icha ni senang dia relek jer hulur tangan kat misi, sebab dah biasa kot.


Mula meraung dah tu
Kakak Icha tolong pujuk 

Lepas tu dok kat luar tunggu doktor panggil. Iman ngan Icha selalunya dr Revathy yang check sendiri sebab Icha penah masuk darah. Kalau kes biasa doktor mo yang check, kalau ngan mo  cepat la sket.

Dah ceria
sesi menjelajah pun bermula

Sementara dok tunggu doct tu macam2 drama la yang jadi, Ali ngan Alisha kalau tak  gaduh tak sah la. Masa kat kedai tadi dah suruh pilih sendiri nak apa, naik atas berebut jugak lagi. Alisha la yang selalunya buat pasai, yang oghang semua dia nak. Tak lama pun tunggu dekat 20 minit doct sampai terus masuk bilik doct. Check Alisha dulu, doct tanya keadaan dia lepas keluar wad, aku ceghita la lebih kurang pastu doct check saiz hati dan limpa. Alhamdulillah saiz limpa dah kembali ke asal, hati pun sama. Mata dia pun dah tak nampak kuning sangat. Doct happy dengan Alisha, mak ngan ayah lagi la happy kan. Moga Alisha mampu bertahan lama kali ni.

Masa doct dok check Alisha tu Iman dah mula mengamuk, dia mengantuk. Buatkan dia susu bagi susu terus lena, time doct nak check dia dah lena, nak check perut pun doct tak berani nak tekan sangat sebab takut dia muntah dia baru lepas minum susu. Alhamdulillah Iman pun ok. Cuma nak kena tunggu result darah jer. Lama gak dok tunggu tak dapat2 resultnya, last2 doct suruh balik dulu nanti depa call dia kata.

Sampai hari ni tak dapat lagi result darah, ada depa call rasanya tapi aku tak sempat nak jawap. Takpa lah rasanya result ok la tu kalu tak depa mesti call ayah plak kalau result tak ok. Pukul 4.30 jugak la keluar dari klinik talas hari tu, turun bawah singgah makan kat kafe, solat asar kat masjid ppum dulu baru balik. Masa kat masjid tu kami dengar kecoh2 tengok pak guard berlari2 yang naik motor pun ada, tertanya2 jugak kami kenapa. Kebetulan ada sorang guard tengah solat masa tu, dia sudah solat dengar dia dok cakap kat walkie-talkie. Pastu aku terus tanya, dia bagi tau ada pesakit psikiatrik lari dari wad. Terus aku panggil anak2 aku dok keliling tak bagi depa lari merata..... hahahaha mak nya yang takut lebih, sampaikan masa nak ke parking kereta tu mata aku punya la dok melilau keliling mana la tau kan satgi buatnya tiba2 dia terjengoi depan kami jenuh. Memang takut la masa tu.




No comments:

Post a Comment