02 October 2013

Iman yang kuat

Petang kemarin bawak Iman pi buat follow-up kat DEMC, kan dia baru kluaq wad minggu lepas so kemarin pukul 2 pi buat follow up. Alhamdulillah paru-paru dah clear takdak kahak dah. Cuma Dr Ahmad risau ngan dia sebab dia nampak pucat sangat. Minggu lepas masa admit hb dia cuma 8.8, agak rendah sebab normal 11 ke atas.

Dr Ahmad tengah check keadaan limpa dan hati iman

Handsome kan Dr Ahmad ni hahahaha sempat lagi tu, sangat baik dan caring orangnya. Dia lah yang bersusah payah berusaha untuk kami sekeluarga mulakan rawatan kat PPUM dulu. Berbagai nasihat dan pesanan dan juga pengetahuan tentang Talasemia yang dia bagi. Selalu kalau pi jumpa dia walaupun nak ambik ubat demam sj pun dia mesti juga check talasemia dua-dua beradik ni. Alisha la especially kesayangan dia, setiap kali jumpa mesti dia nak check juga alisha walaupun masa tu Iman yang sakit, Alisha tu selalu la dapat free consultation dari dia kan.

Serius nya muka Dr Ahmad membayangkan betapa risau dia dengan keadaan Iman

2 3 kali dia pesan bawak Iman pi check kat PPUM. Insyaallah hari jumaat 4/10 ni memang depa ada appointment pun ngan klinik Talas kat PPUM. Kalau dia risau aku lagi2 la risau kan. Doakan Iman moga sentiasa sihat, harap sangat dia dapat maintain hb dia jangan drop sampai 6. Bila Dr Ahmad check mata dia ok lagi, blum start kuning macam Alisha lagi, harap2 tu petanda baik lah. Apa-apa pun kena tunggu sampai hari jumaat ni, jangan jadi macam Alisha hari tu dah lah, dalam masa 24 jam hb dia boleh drop sampai 6. Harap semua dapat tolong doakan semoga Iman dan Alisha sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kuat untuk melawan sakit depa.

Dengki kakak duduk atas ayah

Dia pun nak duduk atas riba ayah jugak
Ceria sentiasa

Sesiapa kengkawan kat luar sana yang ada info tentang Talasemia harap dapat share, aku sangat2 memerlukan segala pengetahuan terutama pengalaman mereka yang ada Talasemia. Tujuan aku buat blog ni pun adalah untuk berkongsi pengalaman ini dan mencari seberapa banyak pengetahuan yang boleh dan share dengan seberapa ramai yang mahukan ilmu tentang Talasemia.


No comments:

Post a Comment