02 September 2013

Jamuan Raya sekolah Ali & Alisha




Hari jumaat 30/8 baru ni sekolah Ali buat jamuan raya, malam tu aku buat puding karamel  untuk pot luck. Hari Jumaat tu agak kalut jugak la sebab agenda penuh. Mula pagi2 tu jumpa DrWan, lepas tu pi jamuan raya Ali, hantaq kakak pi kat Zu, dia tolong hantaq kakak pi skolah pasai petang tu kami pi PPUM utk check-up Alisha.






Masa hantaq Alisha pi skolah pagi2 tu baru tau rupanya sekolah dia pun buat jamuan raya jugak, pihak sekolah cuma maklumkan melalui whatsapp, takdak sebarang surat menyurat, aku plak pakai tepon hat boleh baling kepala anjing mana nak ada whatsapp2 ni, kesian jugak kat dia sebab dia sorang kot tak pakai baju raya, nak patah balik pun dah tak sempat sbb dah appointment dgn Drwan pukui 9.


No comments:

Post a Comment