26 September 2013

Iman punya turn plak

Ahad lepas Iman plak admit, kat DEMC, ingat nak pegi PPUM jugak tapi disebabkan hari admit tu ayahnya kat kampung dengan kakak, tinggal kami 4 beranak maka jalan mudahnya admit sajalah kat DEMC.  Hari khamis tu lagi Iman mula demam, dah pegi amik ubat kat klinik An-Nisa kat sek. 7 tu tapi tak jumpa Dr Zul jumpa doc pompuan tak tau apa nama dia, biasa la kalau doc yang tak biasa dia bagi ubat demam batuk selsema saja la, nebulizer pun tak payah amik katanya. Oklah awak doc tentulah awak tahu kerja awak kan.

Hari jumaat tu nampak macam dah ok, so ayah ngan kakak pun balik la kampung sebab mak teh tengah sakit kuat, Cik Kiah tepon kalau boleh balik, balik la katanya makteh bidah nampak macam dah loghat sangat dah. Takpalah balik la depa 2 beranak naik bas pukul 11 mlm dr shah alam.

Budak tak sihat masa ni bulat geram sangat

Hari sabtu pagi tu dia dah tak demam tapi nampak bernafas laju, rasa macam nak kena pi amik neb sj tapi lepas bagi 2 puff salbutamol tu nampak mcm ok sket, aku pun buat operasi kemas umah n masak, ptg tu nampak mcm bernafas laju balik, lagi laju dr pagi tu, so tak boleh jadi terus bersiap pegi DEMC, aku sorang ngan 3 anak dah mcm ibu tunggul la kan, yang si alisha ngan ali asyik la nak bergaduh tak kira tempat, aku dah tak larat nak bercakap buat tak tau saja lantak pi kat hampa sampaikan masa kat demc tu ada pakchik mana tah mai tolong pesabaq depa sat padan muka.

Lepas amik neb doc check semula pastu suruh repeat malam pulak. Malam tu abg tam ngan kak ti mai umah, kak ti balik pasai nak pi konvo amar hari isnin tu. Lepas depa balik dalam kui 11 pi amik neb lagi skali, doc kat kena repeat lagi pagi esoknya. Malam tu dia  asyik la merengek, tak jerap langsung tidoqnya, nafas bukan main laju lagi, tak boleh jadi ni rasanya kena masuk wad jugak nampak gayanya. Esok pagi tu patut pukul 8 repeat neb tapi biasalah pukul 9 baru bleh kluaq dari umah. Lepas amik neb doc check dia tanya dah brapa kali amik neb, kata dah 3 kali nampaknya masih banyak kahak so dia suggest admit sj. Tapi semua bilik penuh so petang baru leh dapat bilik so sementara tu iman kena repeat neb 3 jam sekali masa tu pukul 10 lebih dah so next neb pukul 12.30 aku dah malas nak balik, sebenarnya aku dah bawak siap2 barang sbb dah agak dah iman akan kena admit. So aku pi Subang hantaq Ali dok ngan Atif, kurang sket pening kepala aku. 

Petang tu pukui 4 baru dapat masuk bilik, bilik 418, misi level 4 pun masih ingat lagi kat kami, pasai baru bln 6 hari tu admit, dah admit pulak kan. Ayah ngan kakak naik bas pukul 7.30 ptg tu dari aloq setaq. Pagi tu Makteh Bidah meninggal so ayah tunggu sampai selesai pengkebumian baru balik lagipun aku kata aku boleh je handle depa. Pagi isnin pukul 3.30 pagi baru depa sampai shah alam, punya la lambat bas tu patutnya dalam pukul 1 dah sampai. Ali plak kakngah tolong hantar mlm tu

3 hari jugak Iman admit, selasa petang tu baru leh discharge.

No comments:

Post a Comment