10 September 2013

Celebrate birthday kakak

Hari jumaat 6/9/2013 besday kak arah yang ke 8. First time sambut besday kat shah alam, kek pun tak beli. Tanya kakak takpa dak kalau tak beli kek, dia tak kisah pun so jom la kita ke ICity. Jumaat malam tu balik dari sekolah terus la siap-siap ke ICity. Dalam pukul 9 sampai ICity, dekat saja pun dengan umah dalam 10 minit saja. Masa sampai tu hujan renyai2. Plan awai depa nak mai keta mainan kat outdoor tapi sebab hujan jom lah kita main kat indoor saja. So kami pun pi la kat  playground IKidz World kot nama dia.


tak leh nak rotate la plak

Kena bayaq sorang RM 20. Caj ni utk hari jumaat, sabtu ngan ahad kalau hari lain sorang RM14. Budak-budak umur dari 2 - 12 tahun. 


Birthday Girl

Ok la jugak mainan dalam tu agak banyak, kawasan luas, selamat dan ada ruang untuk orang dewasa yang dok tunggu, yang penting ada free wi-fi kat dalam tu. Kat tempat menunggu tu dia letak 2 buah kerusi mengurut yang kena masukkan coin tu, aku tak sempat pi duduk pun sebab dok mngejar si Iman, budak baru dapat kaki, seronok kemain dia berjalan kat dalam tu.

confuse banyak sangat bola


Dah makin jauh langkahnya

Apa dik?

Excited dapat panjat tangga



Sotong ni berpusing pusing jenuh ligan nak bleh amik gambaq ni

Ali excited bleh lompat guna bola besar




Oghang panjat ikut tangga dia panjat ikut tempat gelongsor

Berjaya juga sampai kat atas

Oghang tak ramai sangat so boleh la budak2 ngan mak budak ni main sesuka hati. Alisha boleh plak dok buat show kat dalam tu, dia ni kalau satu hari tak melalak tak sah la.

Buat show bawah gelongsor

Sebelum balik tu Ali jatuh tersembam kat mana tah sampai patah gigi depan dia. Gigi depan tu memang dah longgar dan terjungkit sket ke depan sebab kat gigi kekal dah tumbuh kat belakang. Katanya esok nak bawak ke klinik la,tak sempat ke klinik dah patah kat iCity, bagus la jugak kan. Banyak gak darah, dalam tu ada toilet so tak payah la kluar masuk lagi kan, dia berkumur lama gak kat dalam toilet tu baru darah berhenti.

Budak patah gigi

Kakak ni pi mana2 pun mesti dapat kawan

Dekat pukul 12 gak la baru balik, tu pun jenuh nak ajak balik la kan, kalau dah boleh main mana nak mengantuk kan, iman pun sama naik gak mainnya, tak mengantuk dia. Maknya la yang tak larat nak turut, ayah tah ke mana-mana dah hilangnya. Ajak dia lepak kat ruang rehat, bukan main lagi duduk baca majalah kat situ, tapi pun 2 minit jer kot bertahan lepas tu abih di punggahnya botol mineral ngan air tin yang dijual kat situ
Apa gossip bulan ni Iman


tak baik bergossip ni mak

Balik tu singgah supper kat khulafah bistro, pekena roti canai ngan tosai. Sampai umah dah pukul 1 lebih.


Keletihan




No comments:

Post a Comment