17 June 2014

Jom Kayuh

Cerita hari sabtu kami. Dah lama dok janji sejak pindah umah ke Salacia ni nak belikan depa basikal tapi asyik dok tangguh pasai ada keperluan lain yang lagi penting. Hari sabtu tu ayah dah janji nak tak nak kena turutkan jugak sampaikan hari jumaat tu tak bagi aku pi keja.... depa kata aku pi keja..... Main redah je ke area Jalan Kapar, Klang cari kedai basikal. Taknak beli kat Shah Alam sebab kedai kat s7 tu semuanya basikal yang mahal2.... kat tempat lain tak penah nampak la plak kedai basikal


depa dok kayuh semua jenis basikal dalam kedai tu

Kalut suruh amik gambaq nak tunjuk kat Mak Ani dia

Iman pun nak jugak

Jenuh aunty kedai tu nak melayan



selipar mana iman

pilihan si kakak.... dia tak nak warna oren ni tapi yang ada ini shj so redho sajalah



Ntah berapa kali terjatuh kat depan kedai tu.... terlebih mereng (kona) kot

Purple pilihan Alisha



Si hero berkenan warna hitam

Iman dah tak nak lepas yang ni



Senangnya dalam hati


Hero control macho

Sengih sampai ke telinga masing-masing hari tu

Bergambar dulu depan kedai sebelum balik


Haaaa sudah tak muat kereta 

susun jgn tak susun..... mesti boleh ni


Yeay akhirnya muat jugak

Dapat vaucher RM10  5 keping




Kat kedai ada service after sales, so lepas ni kalau ada sebarang kerosakan boleh repair kat situ kalau sikit2 jer rosaknya boleh free jer.... ataupun guna jer vaucher tu.... servis dia pun terbaik... nama kedai tu Gainway Bicycles Shop..... itu link ke FB.... dia siap suruh bukak FB like page dia masa tu jgk.... dia suruh amik gambar upload dlm FB pastu tag dia..... oooo lupa la plak nak upload ..... sat gi kena upload nnt lupa lagi...


Sampai rumah petang tu terus masing-masing tak sabar-sabar  nak kayuh, dah tak kira panas ke apa ker... takdok la pulak gambar berkayuh kat luaq.... malaih aku nak layan depa dok kayuh kat luaq ayah depa dok tunggu.... tiba2 dari jauh aku dengar suara aku budak menangis makin lama makin dekat.... tau-tau dah ada depan pintu.... rupa-rupanya hero dah kecundang dulu....

Pakai seluar pendek elok la pi sagat tar tu

Esoknya pulak Alisha pulak yang tertungging.... tak tau la macam mana dia buat tau-tau dah kat atas tar tu... tersagat sikit la lutut tu.... koyak la legging yang dia pakai.....

Zaman mak dulu lagi best kot kayuh basikal bukan setakat satu kampung tu saja ronda..... abih sampai kampung2 sebelah pi ronda.... memang best lah ronda ramai-ramai ngan kengkawan.... pernah gak aku tersungkuq ngan kawan aku dulu tapi balik ghumah tak berani cakap ngan mak takut kena marah sakit pun tahan saja la. Budak-budak sekarang setakat kayuh kat lorong depan rumah saja jauh sikit mula la mak jerit suruh patah balik.... ya lah zaman dulu jalan dalam kampung mana ada kereta so kayuhnya sesuka hati nak ke tepi ke tengah .... sekarang ni banyak sangat kereta nak lepas pegi jauh-jauh pun takut. Kesimpulannya kayuh basikal zaman dulu lagi adventurous lah walaupun basikal tak canggih

No comments:

Post a Comment