03 June 2014

Cerita Alisha

Bersiaran dari PPUM, temankan Alisha transfuse darah hari ni. Ali dengan kakak pun datang, depa dua kena check darah (HLA) test darah untuk tengok match ker tidak darah depa dengan darah Alisha. Kalau match depa bolehlah jadi penderma sum sum tulang untuk alisha. Pemindahan sum sum tulang adalah satu-satunya kaedah penyembuhan untuk pesakit thalassemia. Prosedur untuk pemindahan sum sum tulang ni akan ambil masa yang lama, pesakit perlu berada di wad selama 3 bulan untuk pemantauan, tidak boleh menerima sebarangan pelawat kecuali mak dan ayah sahaja.
Kami belum pikirkan apa2 lagi pasal hal ni, buat jer test darah dulu tunggu resultnya macam mana nanti, terlalu banyak hal yang perlu di ambil kira sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.

Buat masa sekarang kena concentrate untuk iron chelation. Tadi doktor pakar dah check keadaan alisha, spleen dia masih besar, belum nak susut lagi, tapi doktor kata tak perlu risau apa2 selagi paras hb dia dalam keadaan normal, bohonglah kalau mak tak risaukan. Yang penting kena mula ambil ubat untuk buang iron tu dulu, paras iron dalam badan alisha dah seribu lebih so kena start secepat mungkin, insyaallah bulan depan boleh mula ambil exjade. Kena pergi check mata dan telinga dulu, kalau result normal then boleh terus mula. Cuma aku nak kena confirmkan dgn bahagian bendahari macam mana kaedah nak claim ubat ni nanti, kalau kat hospital kkm bleh free jer terus tapi kat ppum ni aku kena beli dulu claim kemudian. Dr kata tadi kos ubat Alisha satu hari mungkin rm90. Kalau didarabkan dengan 30 hari... Emmmm.... Alhamdulillah jadi staff gomen.... Sesungguhnya Hanya DIA yang maha mengetahui


No comments:

Post a Comment