Plan asal cuti sekolah ni budak2 ngan ayahnya sekali nak duduk kat kampung.... Aku dah booking tiket flight masa bulan 3 lg kot kalu tak silap.... Sebab dok kira2 mcm sempat jer masuk darah Alisha sebelum balik kg. Tetapi tiba2 plan bertukar sebab kakak dengan Ali kena check darah untuk HLA test.... Makanya percutian terpaksa dipendekkan. Dapat duduk kat kampung 5 hari sj dari 28/5 sampai 1/6/2014. So nak ganti balik utang cuti tu aku bawak la depa for short vacay kat PD. Memang sgt short dapat 1 malam sj. Sebabnya balik dari kg hari ahad, isnin dan selasa ke PPUM untuk check darah dan Alisha transfuse darah. Rabu dan khamis ke PD, jumaat lg sekali ke PPUM, ini untuk check-up yg enam bulan sekali jumpa doktor pakar. Setiap bulan pergi tu masuk darah kat daycare dan doktor tak check apa pun memang transfuse sj.
Di sebabkan masa yang terhad so cari tempat yang dekat saja. Keluar dari rumah dah dekat pukul 11 pagi singgah sarapan sekejap kat seksyen 9 lepas tu terus shoot ke PD. Pukul 1 dah sampai kat hotel. Senang saja nak cari Avillion Hotel ni tak perlu guna waze pun, hanya berpandukan pada direction yang disediakan oleh pihak hotel kat resit masa print booking bilik tu.
 |
Area depan lobi |
Lobby area
Sepatutnya time untuk check-in pukul 3, tapi sebab dah sampai awal, kami mencuba nasib and lucky us sebab memang dah ada bilik yg ready so boleh la check-in terus. Maybe sebab weekdays kot sebab tu tak ramai orang, cepat saja proses untuk check-in tak perlu beratur panjang. Kami dapat bilik no 101, beach room bilik paling murah ......Dekat avillion ni ada chalets dan villa. Chalet ada 5 jenis garden chalet, water chalet, premuim water chalet, beach studio dan beach room. Masa kami sampai masih tak ramai orang so dapatlah parking yang dekat dengan lobi. Parking yang dekat dengan lobi agak terhad, so kalau lambat memang kena parking jauuuuhhhh nun di seberang jalan.
 |
Pemandangan dari lobby |
Lobi hotel ni kat level 3, semua bilik kat level 1, so kena berjalan agak jauh untuk sampai ke bilik. Tapi tempat ni memang sangat cantik, banyak pokok-pokok dan kawasan tu dibuat seolah-olah dalam kawasan perkampungan memang tak terasa jauh bila berjalan sambil menikmati pemandangan indah dalam kawasan
 |
Turun lif ke tingkat 1, keluar dari bangunan lobi akan nampak kawasan ni, kat depan sket ada swimming pool |
 |
Kat kawasan swimming pool |
 |
kat belakang papan tanda penunjuk arah ni swimming pool untuk kanak-kanak |
 |
Pokok pisang pun ada memang macam kat kampung |
 |
yang ni rasanya chalet jenis beach studio, kena lalu sini untuk sampai ke beach room |
 |
Bertentangan beach studio ada steam and sauna room ni. Aku tak sempat nak masuk pun sebab sekejap sangat kan kami kat sini |
 |
Jalan ke depan sket ada water chalet. Chalet ni memang kat dalam air. Masa kami sampai air tengah surut |
 |
Akhirnya sampai jugak ke bangunan yang menempatkan bilik jenis beach room ni |
 |
tak pasti la plak ada berapa tingkat |
 |
Ada 2 katil single dan satu day bed |
 |
Toiletries yang disediakan |
 |
Dari luar bilik kami tepi laluan masuk sahaja |
 |
Pemandangan dari dalam bilik |
 |
Ada budak tak sabaq2 nak pi main ayaq |
Masuk bilik sekejap saja, keluar semula cari makan. Makan dekat medan selera yang dekat2 kawasan hotel tu jugak. banyak sj kedai makan sepanjang pantai tapi kebanyakan buka malam rasanya kot, sebab nampak banyak jugak yang tutup kedai2 tersebut.
 |
Medan selera dekat2 dgn hotel saja |
 |
Menu favourite kami |
Lepas makan singgah kat supermarket kat area situ jugak beli bekalan makanan untuk esok pagi, pastu singgah beli pelampung untuk iman, Alisha punya dah bawak dari umah, Ali dapat pistol air, macam biasa ayah cukup murah hati nak belanja benda2 tu semua..... kalau dengan mak memang susah nak dapat
 |
Dah ready nak terjun kolam |
 |
Iman yang tak berapa sihat tu pun enjoy sakan dalam kolam |
 |
Dekat kolam kanak2 siap ada sliding bagai |
 |
Bukan main seronok lagi..... walaupun mula2 takut nak slide |
 |
Taknak dia duduk dalam pelampung tu |
 |
Macam kan terer sgt berenang, nak pegang tangan pun tak dibaginya |
 |
Saya dah besar la, dah boleh jer jalan dalam ayaq ni sendiri |
Dah puas mandi kat kolam, beralih kat pantai pulak. Air petang tu time suruh so main pasir ngan kutip anak ketam saja la.... Besok paginya tu masa air dah pasang baru bleh mandi.... time air surut ni memang gigi air tu nun jauh di tengah....
Pukul tujuh lebih baru masuk bilik, siap2 nak keluar makan pulak malam tu....
 |
Dekat setiap pintu masuk bangunan ada tempat basuh kaki macam kat rumah orang dulu-dulu
|
 |
seronok la dapat basuh kaki kat situ, kaki tak kotor pun nak basuh jugak
Besok paginya tu bangun pagi terus pegi mandi laut plak. Bawak iman mandi sekejap saja, sebab dia tak berapa sihat lagi, air hidung dah meleleh-leleh. Kakak2 ngan abang n ayah sambung mandi kat swimming pool, iman masuk bilik lena, mengamuk jugak sekejap sebab nak ikut depa pi mandi. Pukul 12 dah check-out, terus balik shah alam.
|
No comments:
Post a Comment