08 November 2013

Birthday Ali

Birthday Muhammad Ali jatuh pada 26/10/2013. Masa ni Alisha baru keluar wad dia tak brapa sihat asyik demam lepas masuk darah so tak keluar mana2 pun. Aku yang sepatutnya pi Jakarta pada 25/10 tu pun terpaksa cancel sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak yang tak sihat. So celebrate kat rumah sajalah. Aku buat kek coklat kat dia, bukan main seronok lagi. Yang penting ada kek rasa kek tu tak penting hahahaha....

Birthday boy dah 6 tahun  anak bujang mak ni

Aku buat kek malam tu lagi hias lebih kurang saja, itu pun sikit punya kagum anak2 ngan aku hahahaha. Tengahari baru potong kek, aku masak nasi ayam celebrate kami anak beranak saja.




Semoga Ali membesar menjadi anak yang soleh, menjadi contoh pada adik-adik. Ali satu-satunya anak lelaki mak dan ayah so besar harapan kami pada Ali untuk menjaga keluarga. Tak susah nak membesarkan Ali ni, tapi tak boleh potong angin dia, kena jek dia selalu. Kat sekolah semua cikgu puji dia, cikgu dia kata kalau ada 10 orang lagi macam Ali pun takpa. 






Cerita Alisha lagi

Ada banyak kisah nak dikisahkan di sini untuk tatapan di kemudian hari namun apakan daya masa tak pernah nak menyebelahi daku. Cerita raya haji pun tak terbuat lagi, takpa kasi hold dulu itu cerita, ini kisah Alisha lagi.

Hari sabtu lepas balik dari kampung (balik dari kampung hari jumaat) Alisha dah mula selsema tapi tak serius la lite2 jer, bagi makan ubat selsema. Tapi hari ahad tu nampak makin kuat plak selsemanya, malam tu dia demam sikit tak tinggi sangat so tak risau sangat lagi. Hari isnin pun tak sihat jugak lagi, dia demam tapi tak kuat sangat, dia ni selalunya kalau demam mesti cecah 40 degree punya. Tapi tak boleh jadi ni sebab hari jumaat (25/10) depan aku ada agenda tersendiri so kena make sure depa semua sihat, kalau tidak memang kena cancel la agenda aku tu.

So malam tu bawak ke DEMC, ceghita lebih kurang dengan doctor tu (pi outpatient klinik kan jumpa doct yg berlainan so kena la ceghita sejarah dia lebih kurang kalau tak dia bagi ubat 3 serangkai tu saja). Request suruh doct amik darah, tak lama pun tunggu sebab oghang tak ramai malam tu, doct panggil masuk semula bilik rawatan, masa kami masuk tu doct the cakap kat telefon sambil pegang result darah Alisha. Tengok pada situasi tu dan based pada conversation doct tu kat telefon aku dah boleh agak hb Alisha drop lagi la ni. Memang tepat seperti dijangkakan hb Alisha 6.8 sahaja meaning kena masuk darah lagi. Terus minta doct tu buatkan referal letter untuk ke PPUM, lebih mudah kalau kat sana sebab dia dah ada rekod disana, doct suggest suruh pi malam tu jugak, tapi sebab kami kan rakyat ramai so esok paginya tu baru pi ke PPUM lepas hantar Ali pi sekolah, kakak pulak hantaq pi umah Zu.


Sampai kat PPUM dalam pukul 9, terus ke bahagian ER, dua kali gak aku pusing ER cari pintu masuk ke parking.... hahahaha selalu kan pi terus ke bangunan paediatrik, ini first time ke ER, pastu baru ku tahu rupanya kat ER ni ada bahagian khas untuk kanak-kanak so cepatlah prosesnya sebabkan tak ramai oghang sangatlah sebab tak bercampur dengan oghang dewasa.  Sampai kat kaunter terus tunjuk referral letter dari DEMC tu, nurse kat kaunter tu dok bincang sama2 depa nak register kat situ ka nak ke klinik talas terus.... haaaa sudah aku kata mula dah nak tolak menolak kami ke merata bahagian la tu.... tapi alhamdulillah ada sorang misi india yang agak senior tu bertegas suruh daftar jugak kat situ pastu hantar ke wad paediatrik katanya. Sebenarnya kalau kat klinik talasemia tu ada bahagian daycare, kat situ semua budak2 talasemia yang kena masuk darah tiap2 bulan akan pi masuk darah disitu sj tanpa perlu admit ke wad. Alisha pulak tak penah lagi ke daycare sebab dia kan baru sekali dimasukkan darah kat wad. Kes Alisha ni masih dalam pemerhatian doktor samada dia nanti pun akan perlu dimasukkan darah sebulan sekali, bila dah confirm baru doct akan rujuk dia ke daycare, wad pulak penuh hari tu, itu yang mula2 tu nurse ngan doct kat situ jenuh la dok menelepon sat ke daycare la sat ke wad la. Tapi nurse2 ngan doct2 kat situ semuanya baik2 belaka dan seperti biasa doktor2 pelatih yang ramai. Sementara nak settle pasal pendaftaran tu sempat la doct2 pelatih tu dok kerumun Alisha. Jenuh la ayah nak jawab soalan2 yang rasanya dah bleh hafal kot, lepas ni aku kena rakam siap2 kot setiap jawapan tu.

Dah settle semua kat ER tu kami di bawa ke wad 8, wad yang sama Alisha masuk sebelum ni


Bilik rawatan kat paediatrik ER






















Lepak kat wad lama jugak baru dapat darah, ya lah nak kena tunggu darah dari  blood bank , sebelum bagi kat patient depa nak kena test dulu darah tu sesuai tak ngan patient, lama pun tak pa janji darah yang dapat tu selamat dari sebarang anasir. Jenuh gak la kami dok menunggu kat dalam wad tu, sempat turun makan kat cafe kat bawah dulu. Jenuh dok mengepung si Iman la, abih satu bilik tu dia conquer.




Pukul 4 jugak baru mula masuk darah, aku dah siap2 mandikan Alisha bagi pakai baju tidoq sebab 4 jam kot baru dah abih masuk darah tu





Alhamdulillah proses masukkan darah berjalan lancar. Cuma kena stop sekejap sebab dia kencing penuh diaper sampai melimpah ruah basah semua tilam selimut terpaksa stop sekejap tukar cadar baju semua. Memang sepanjang proses masukkan darah dia akan kencing banyak sebab doktor ada masukkan ubat utk keluarkan air dari dalam darah yang dimasukkan, maknanya hanya sel-sel darah saja yang masuk dalam badan dia. Macam tu lebih kurang yang aku paham  kalau tersalah mintak maap lah yer. Pukul 8 lebih sikit selesai lah semuanya, Alisha pun nampak makin segar, dia macam vampire lah dapat darah saja aktif semula.

Dalam pukul 9 lebih macam tu aku balik ngan Iman, ayah tunggu Alisha. Terus pi amik kakak ngan abang kat umah Zu. Alhamdulillah zu dok dekat dapat la jugak mintak tolong ngan dia, memang dah selalu sangat pun dia jadik penyelamat di waktu2 kecemasan, hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik dia sekeluarga, terima kasih yang tak terhingga I love u lah zu...... :). Besok petangnya Alisha dah boleh discharge. HB dia lepas masuk darah 9.9

20 October 2013

Ber hari raya korban

Seminggu bercuti sakan di kampung macam dah siap semua kerja padahal otak semak dengan tesis namun tetap sakan berhari raya korban walau tanpa korban namun berkorban tesis demi keluarga terchenta. Masih dalam mood bercuti, gambar2 berhari raya akan muncul tak tahu bila

11 October 2013

Jalan jalan Banting Morib

Kejadian berlaku hari ahad. Sebenarnya dari sebelum puasa hari tu lagi dok plan nak ke Banting, asyik la bertangguh so ahad hari tu bangun pagi cakap ngan ayah hari ni kita pi Banting pastu terus ke Pantai Morib, dia kata ok jom maka bersiaplah kami 6 beranak. Tok laki aku ni payah sket kalau bab berjalan ni semua tempat pun dia kata jauh, dia tak suka dok dalam keta lama-lama dan dia tak suka bawak keta so nak pi mana-mana pun aku yang drive.

Berjaya keluar dari rumah pukul 11.30 pagi camtu la lebih kurang, bukan senang ya nak menyiapkan empat oghang anak hahahaha.... jenuh bersilat. Plannya nak makan tengahari kat Banting. Perjalanan lebih kurang sejam, Dalam 12.45 camtu sampai ke Pekan Banting, terus singgah kat satu restoran ni namanya Sri Lang Restoran. Dulu aku penah kursus kat Pusat Angkasa Negara kat Banting ni, ada oghang rekemen makan kat restoran ni, masa tu tak sempat singgah so hari ni singgah la makan kat sini

Tengah buat bayaran sebelum balik

Walaupun belum pukul 1 tapi nampaknya makanan yang tinggal dah tak berapa banyak pilihan, memang ramai oghang la kot kan, masa kami masuk tu dah tak berapa ramai sangat dah. Ayah pilih lauk aku dok makan saja.... hahahaha kalau aku pilih nanti ada saja yg tak kena.






Lauk yang kami order hari tu 2 ketul gulai ayam, 1 ketul ikan pari asam pedas, sayur tauge, sambal terung, cencaru bakar, nasi ayam 2. kakak ngan Alisha makan nasi ayam, nasi putih 3, minuman 3 jenis laici teh o ais dan sirap bandung. Semua tu rm28 percaya dak? Aku sampai hari ni dok kira mcm mana bleh jadi rm28 sj, nak kata cashier tu silap kira ayah dah tanya banyak kali. Murah gila kan, tak penah lagi la aku makan semurah itu. 













Lepas makan tu bawak depa pi Pusat Angkasa Negara, tak masuk la pi tengok dari luar saja, tak amik gambaq pun sebab panas sangat semua tak nak turun kereta. Dari situ saja drive ke kawasan kampung di situ nak beli kerepek, dok nampak satu papan tanda dok tunjuk Jaez Mini market, dok ikut la signage tu sampai ke dalam kampung mana tah.... sekali sampai haaa engkau mini market kat tengah2 kampung, besaq gak la kedai dia tu, macam2 jenis kerepek ada.

 Kalau tengok ke kerepek yang ada semua pun nampak sedap, semua nak ambik, rambang mata gak la di buatnya, dah nama pun pompuan kan, shopping kerepek pun rambang mata hahahaha. tapi sila la sedar diri kita bukannya mai dengan bas mini, dengan kesedaran yang ada amik 2 jenis kerepek saja yang besaq 5 kilo kot satu beg tu, tapi harganya baru RM17 satu.....

                                      
Macam macam ada
ok kakak bayar ya


Selain kerepek semua barangan keperluan harian ada jual kat sini. Kagum gak la aku mini market macam ni boleh ada kat tengah2 kampung macam ni.




Jom la kita balik


Rumah tokey kerepek (aku rasa la sebab ada sebelah mini market tu)


Dah selesai shopping kerepek , cari masjid solat zohor dulu. Jumpa masjid kat dalam kawasan tu jugak. Sangat bersih masjid tu memang terjaga rapi lah, jarang aku jumpa masjid sebegitu bersih kalau kat kawasan luar bandar. Mungkin sebab masjid tu terletak dekat dengan Homestay yang agak terkenal (lupa la plak nama homestay tu), kawasan tu menjadi tarikan pelancong sebab tu masjid tu terjaga rapi.

Porch pintu masuk


Kat pintu masuk, kawasan sembahyang sebelah dalam pintu cermin tu

Kat kawasan tepi masjid ni siap ada taman landskap, nampak macam baru buat cantik sangat. Toilet ngan tempat ambik air sembahyang pun bersih.

Selesai solat  carik kat waze rumah Hj Sidek, bapak kepada pemain badminton tersohor negara satu ketika dulu, Misbun, Razif, Jalani dan Rashid. Rupanya dekat simpang mula-mula nak masuk ke Pusat Sains Negara, tepi jalan besar saja. Singgah amik gambar kat monumen badminton yang depa buat depan rumah, takdak apa pun kat situ ada monumen tu saja.



Anak-anak aku dok marah buat apa mai kat sini bukannya ada apa pun, jenuh dok ceghita plak pasai pemain badminton zaman dulu-dulu ni, depa kenai Datuk Lee Chong Wei saja. Masing-masing dah tak sabaq nak pi tengok laut, nak pi Pantai Morib.

Ceghita Pantai Morib next entry la plak, mengantuk gila dah ni, nak baca journal pun dah tak mampu....
























10 October 2013

10/10/12

Happy Birthday Alina Imani Salehuddin. Iman dilahirkan pagi. Tarikh tu mak yang pilih. Iman lahir secara caesarian sebab tu boleh pilih2 tarikh. Semua anak2 aku pun lahir secara c-sect. Berat masa lahir 3.6 kg sama macam kakak Arah

Tembamnya masa kluar
Rasanya baru lagi mak sambut  Iman cium bau dari syurga,  dah setahun berlalu. Tak puas lagi nak gomol2 baby Iman. Iman jangan la besar cepat sangat. Sekarang dah pun pandai berjalan, berlari dah kot. Iman boleh jalan masa umur 10 bulan. Actually masa 5 bulan baru Iman boleh meniarap..... pastu setiap bulan Iman dapat buat benda baru... merangkak ....duduk... berdiri pastu dah jalan sekejapan saja rasanya.
 
Dah boleh berjalan ni kurang dah sket tembamnya
 Moga Iman membesar jadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, dengar cakap mak ayah. Jadi anak yang baik ya Iman. Mak ayah kakak abang kakak Icha semua sayang Iman banyak banyak banyak..

Iman jadi benchmark perjalanan  PhD mak..... uwaaa Iman dah boleh berlari mak baru nak merangkak ni..... 



Monthly Check-up

Hari jumaat 2 petang menuju lah kami ke PPUM untuk pemeriksaan bulanan Alisha dan Iman. Sampai agak lambat kelam kabut cari parking, penuh plak kat blok paediatrik tu, patah balik ke parking bertingkat, nasib baik dapat kat level 2 which is kat sini ada jejantas yang sambung bangunan parking ni dengan bangunan paediatrik. Kalau tak jenuh nak mengusung stroller turun naik tangga.

Ayah terus ke masjid solat jumaat, aku settlekan pendaftaran kat level 2. Settle pendaftaran singgah kat kedai roti yang ada kat level 2 tu beli bekal siap2, beli roti ngan air kotak, suruh Ali ngan Alisha pilih sendiri apa depa nak. Tengah dok beli ayah pun sampai, terus naik level 4, misi dok tunggu lama dah nak timbang

Timbang pun nanges iman ni

Mula-mula Alisha dulu yang timbang dan ukur ketinggian, Alisha ni senang diuruskan semua dia buat sendiri saja, mak ayah observe dari jauh saja. Iman jangan la misi dekat pun dah nanges. Timbang saja pun dah meraung bukan main kuat lagi.

Lepas timbang terus ke klinik talasemia, bilik timbang ni kat level 4 jugak, tapi kat luar sket, klinik talas kat dalam sket. Klinik ni  tak ramai orang sebab selalunya depa set appointment untuk 5 orang pesakit saja. Cuma nak tunggu result darah tu ja yang lambat sket. 

Masuk bilik untuk amik darah, Iman amik dulu darah, sekali lagi dia meraung bukan sebab sakit sangat pun tapi sebab geram misi tu dok pegang tangan dia, settle Iman turn Icha plak, Icha ni senang dia relek jer hulur tangan kat misi, sebab dah biasa kot.


Mula meraung dah tu
Kakak Icha tolong pujuk 

Lepas tu dok kat luar tunggu doktor panggil. Iman ngan Icha selalunya dr Revathy yang check sendiri sebab Icha penah masuk darah. Kalau kes biasa doktor mo yang check, kalau ngan mo  cepat la sket.

Dah ceria
sesi menjelajah pun bermula

Sementara dok tunggu doct tu macam2 drama la yang jadi, Ali ngan Alisha kalau tak  gaduh tak sah la. Masa kat kedai tadi dah suruh pilih sendiri nak apa, naik atas berebut jugak lagi. Alisha la yang selalunya buat pasai, yang oghang semua dia nak. Tak lama pun tunggu dekat 20 minit doct sampai terus masuk bilik doct. Check Alisha dulu, doct tanya keadaan dia lepas keluar wad, aku ceghita la lebih kurang pastu doct check saiz hati dan limpa. Alhamdulillah saiz limpa dah kembali ke asal, hati pun sama. Mata dia pun dah tak nampak kuning sangat. Doct happy dengan Alisha, mak ngan ayah lagi la happy kan. Moga Alisha mampu bertahan lama kali ni.

Masa doct dok check Alisha tu Iman dah mula mengamuk, dia mengantuk. Buatkan dia susu bagi susu terus lena, time doct nak check dia dah lena, nak check perut pun doct tak berani nak tekan sangat sebab takut dia muntah dia baru lepas minum susu. Alhamdulillah Iman pun ok. Cuma nak kena tunggu result darah jer. Lama gak dok tunggu tak dapat2 resultnya, last2 doct suruh balik dulu nanti depa call dia kata.

Sampai hari ni tak dapat lagi result darah, ada depa call rasanya tapi aku tak sempat nak jawap. Takpa lah rasanya result ok la tu kalu tak depa mesti call ayah plak kalau result tak ok. Pukul 4.30 jugak la keluar dari klinik talas hari tu, turun bawah singgah makan kat kafe, solat asar kat masjid ppum dulu baru balik. Masa kat masjid tu kami dengar kecoh2 tengok pak guard berlari2 yang naik motor pun ada, tertanya2 jugak kami kenapa. Kebetulan ada sorang guard tengah solat masa tu, dia sudah solat dengar dia dok cakap kat walkie-talkie. Pastu aku terus tanya, dia bagi tau ada pesakit psikiatrik lari dari wad. Terus aku panggil anak2 aku dok keliling tak bagi depa lari merata..... hahahaha mak nya yang takut lebih, sampaikan masa nak ke parking kereta tu mata aku punya la dok melilau keliling mana la tau kan satgi buatnya tiba2 dia terjengoi depan kami jenuh. Memang takut la masa tu.




05 October 2013

Peranan Ibu Bapa Pesakit Talasemia

Peranan ibu bapa sangat penting dalam kehidupan pesakit talasemia terutama bagi anak-anak yang masih kecil macam anak-anak aku. Mereka berhak menjalani kehidupan normal macam kanak-kanak yang lain.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia