Macam mana ekkk korang uruskan masa.... rasa macam tak cukup sj 24 jam tu kan..... terlalu banyak benda yang perlu di fokus.... terlalu banyak yang perlu difikirkan.... TIME MANAGEMENT..... yeahhhhh...
21 May 2014
01 April 2014
Kesibukan
kesibukan sedang melanda jadinya rumah ini terpaksa diabaikan untuk seketika...... huk huk huk
13 February 2014
Darah
Scary dak tajuk.... actually bukan nak berceghita bab yang scary cuma nak menyeru kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang kat luar sana supaya menderma darah. Bukannya apa kadang-kadang tu dok terpikir kan Alisha perlukan darah sebulan sekali..... apa akan jadi kalau tiba-tiba time tu darah takdak stok.... nauzubillah.... aku tau ramai kat luar sana yang pemurah yang suka menderma darahkan.
Darah kat Malaysia ni diuruskan oleh Pusat Darah Negara. Semua darah yang didermakan akan disaring terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pesakit. Mengikut maklumat yang aku dapat dari nurse kat ppum saja ada lebih kurang 100 pesakit yang perlukan darah secara berkala ni, tu baru satu hospital, ada brapa banyak hospital kat malaysia ni kan.... itu belum termasuk kes-kes emergency, pembedahan dan lain-lain yang perlukan darah.
Pusat Darah Negara memang secara rutin buat kempen Derma Darah ni, so bleh check kat website depa. Tak perlu susah2 nak ke PDN, kempen Derma Darah ni merata tempat ada buat kan mcm kat shopping kompleks, ofis-ofis. Kalau ada kempen derma darah dekat tempat anda, cubalah menderma. Derma darah ni kira bersedekah jugaklah. Banyak pahala dapat kita membantu oghang yang memerlukan.
Memanglah sesetengah oghang tu takut tengok jarum tu kan, yang mabuk darah tu apatah lagikan. tapi kalau tak cuba tak tau kan. Banyak yang aku dengar komen sapa yang dah mula menderma jadi ketagih pulak nak derma seronok katanya. Aku nak ceghita pengalaman pun aku pun tak penah menderma hahahaha... bukan tak mau tapi tak lepas.... hb aku selalu rendah. Sebelum boleh derma misi akan check dulu tau layak ka tak layak kita untuk menderma. So cakap banyak tak guna JOM MENDERMA.
| KEMPEN DERMA DARAH sumber dari Website Pusat Darah Negara. Untuk hari seterusnya bleh check disini | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| JADUAL INI TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PINDAAN. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12 February 2014
Desferal - buang zat besi dalam darah
kemarin aku ada mention pasai rawatan untuk buang iron dalam badan pesakit talasemia kan. aku dah jumpa kat youtube mamat ni tunjukkan mcm mana prosesnya tu
Seriau gak tengok. Selain kaedah ni ada jugak kaedah oral (makan ubat). Tapi doktor kata kaedah ni paling terbaik. Rasa-rasa mampu dak aku nak buat kat Alisha ...... huk..huk ..huk... dan mampu tak dia menahan...
YA ALLAH kau permudah kan lah.......
11 February 2014
Alisha
Dah lama tak update pasal Alisha rasanya. Alhamdulillah dia sihat sekarang ni. Dah bertukar tadika tahun ni masuk Tadika Rama-rama Bistari Little Caliph.... haaaa sekolah Ali dulu. Dulu kan Ali ada keluar kat TV3. So dia pun nak masuk sekolah tu jugak sebab nak keluar tv jugak hahahaha....
Kesan dari kemasukan darah yang berulangkali ni akan menyebabkan kandungan zatbesi dalam badan pesakit talasemia akan berlebihan. Sooooo kalau dah lebih kena lah buang pulak kan. Buat masa ni tahap zat besi dalam badan Alisha masih terkawal. Rawatan untuk buang zat besi untuk Alisha akan bermula selepas 10 kali dimasukkan darah ataupun bacaan ferritin (zat besi) melebihi 1000 yang mana dululah. Sampai tarikh hari ni Alisha dah terima darah dah 7 kali bermakna tak lama lagilah akan bermula episod baru tu. Nanti dah mula aku cerita lain. Aku pun suspen gak menantikan saat tu sebabnya rawatan ni samada kena ambik pil untuk seumur hidup ataupun zat besi tu disedut dengan satu mesin yang mana jarum perlu berada di badan dia lebih kurang 8 jam sehari. Seminggu mungkin 2 atau 3 kali sedut. Rawatan ni dibuat dirumah saja yang mana bermakna ibu atau ayahnya yang kena tolong cocok itu jarum..... scary memikirkannya pun tapi apa2 pun kami sekeluarga kena kuat untuk mengharungi ini semua.
![]() |
| Comey tak kak ton |
Mula bulan 12 Alisha kena masuk darah sebulan sekali. Maknanya sekarang dia dah Major Thalassemia. Doktor buat keputusan selepas lebih kurang 5 bulan observation. Mula-mula dulukan dia kerap demam dan setiap kali demam hb dia akan drop sampai 6 lebih saja.... lepas bulan ke 5 tu dah nampak pattern walau dia tak demam pun tapi still hb dia drop jugak. So sekarang sebulan samada 4 atau 3 minggu sekali bergantung pada result post hb dia (result darah selepas darah di masukkan). Setiap bulan 2 kali lah dia kena ke hospital iaitu 2 hari sebelum darah dimasukkan dia perlu check dulu tahap hb nya berapa. Selain dari hb ada beberapa benda lain yang depa monitor antaranya adalah kandungan iron (zat besi) dalam darah.
![]() |
| Uniform sekolah |
Menurut penerangan nurse kat daycare ppum tu, seboleh mungkin hb pesakit talasemia major di pastikan berada pada tahap bacaan 11 ke atas. Ini untuk elakkan dari limpa dan hatinya membesar. Alhamdulillah sejak tu dia dah semakin sihat, demam pun jarang sangat dah. Kalau demam pun takdak lah sampai kena masuk wad lagi. Muka pun dah nampak kemerah-merahan semula dah tak pucat macam selalu, makan makin berselera. Cuma sekarang dia kena kurangkan makan makanan yang banyak zat besi macam milo, daging merah, sayur bayam and so on ....
![]() |
| Dah macam kuih pau daaa |
Kesan dari kemasukan darah yang berulangkali ni akan menyebabkan kandungan zatbesi dalam badan pesakit talasemia akan berlebihan. Sooooo kalau dah lebih kena lah buang pulak kan. Buat masa ni tahap zat besi dalam badan Alisha masih terkawal. Rawatan untuk buang zat besi untuk Alisha akan bermula selepas 10 kali dimasukkan darah ataupun bacaan ferritin (zat besi) melebihi 1000 yang mana dululah. Sampai tarikh hari ni Alisha dah terima darah dah 7 kali bermakna tak lama lagilah akan bermula episod baru tu. Nanti dah mula aku cerita lain. Aku pun suspen gak menantikan saat tu sebabnya rawatan ni samada kena ambik pil untuk seumur hidup ataupun zat besi tu disedut dengan satu mesin yang mana jarum perlu berada di badan dia lebih kurang 8 jam sehari. Seminggu mungkin 2 atau 3 kali sedut. Rawatan ni dibuat dirumah saja yang mana bermakna ibu atau ayahnya yang kena tolong cocok itu jarum..... scary memikirkannya pun tapi apa2 pun kami sekeluarga kena kuat untuk mengharungi ini semua.
Kalau tak buat tak boleh ka.... kesian budak tu dah la kena cucuk masuk darah pastu kena cucuk lagi nak buang zat besi pulak. TIDAK BOLEH (kecuali kalau dia boleh makan ubat) tapi aku difahamkan oleh doktor rawatan terbaik adalah desferal. (maklumat lanjut boleh baca kat SINI). Satu satunya rawatan untuk Talasemia major adalah melalui pemindahan sum sum tulang. Kami belum fikir lagi mengenai rawatan ni buat masa sekarang ni sebab banyaakkkkkkk sgttttt faktor yang perlu diambil kira sebelum rawatan pemindahan sum sum tulang boleh di buat.
Apa apa pun sekarang ni kami cuba bagi yang terbaik untuk Alisha. Besar harapan kami untuk tengok dia membesar sihat macam orang lain juga. Kami dah berusaha yang terbaik untuk dia selain itu hanya ALLAH yang lebih mengetahui. Doa kami moga Alisha sentiasa sihat cergas macam kanak-kanak normal yang lain.
10 February 2014
Jom Meluncur
Kejadian masih pada cuti sekolah. Masa ni dah minggu terakhir cuti. Kami dah balik dari kampung pun. Dah janji dengan Atif nak bawak dia ngan semua anak-anak aku pi Kidzania. Tapi bila memikirkan betapa ramainya orang masa cuti sekolah ni so tukar location kita pi main ice skating lah kat Sunway Pyramid. Actually Ali dah banyak kali dok ajak pi ice skate ni dia terpengaruh ngan kartun Chibi Maruko Chan kot, sebuk dok ajak aku pi main.
![]() |
| Atif ngan kakak |
![]() |
| Ali |
![]() |
| peneman setia |
Sebelum ke Sunway Pyramid singgah makan dulu kat chinese muslim restoran kat area Taipan. Pegi makan sekali dengan angah, ammar dan mas. Angah ngan Ammar tak jadi ikut sebab sebuk ngan exam. Angah nak marking, ammar ada paper esoknya tu. Dah makan kenyang2 semua baru berdesup ke Sunway Pyramid. Hari tu sabtu so bleh tahan gak la berpusing nak dapatkan parking. Dah lebih 10 tahun jugak tak menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid ni, bleh tahan jakun gak la aku. Memang segala-galanya dah lain. Kalau dulu Sunway Pyramid ngan Subang Parade tu mcm tempat permainan saja.... tempat lepak... tempat dating.... huhuhu nostalgia
![]() |
| Beratur beli tiket |
![]() |
| Harga tiket |
![]() |
| kena pakai stokin dengan sarung tangan |
Nak masuk main tu kena pakai stokin dengan sarung tangan. Stokin terlupa nak bawak, beli kat satu kedai dalam sunway pyramid tu jugaklah. Sarung tangan beli kat kaunter masa amik tiket. Rasanya stokin pun ada jual kat kaunter tu.
![]() |
| Dah pakai sebelah pastu sebelah lagi kena mintak tlg kakak naqiah |
Depa masuk berempat saja Insyirah, Ali, Atif ngan Naqiah. Alisha aku tak bagi masuk takut Naqiah tak sempat nak tengokkan nanti. Aku dah tentu tak bleh masuk sebab nak kena jaga Iman, ayah tak ikut.
![]() |
| Mula melangkah masuk ke ice ring |
![]() |
| Dok berpaut kat dinding tak leh nak lepas tangan |
![]() |
| Ali sampai oghang kena tolong pegang |
![]() |
| Naqiah pun sama ntah sapa2 disambarnya pegang oghang tu sebab nak jatuh |
Sejam pertama depa abih dengan berpaut kat dinding tu saja. Nasib baik tak bagi Alisha masuk sekali. Ali dah nak menangis dah tak berani bergerak ke mana-mana. Aku kat luar dah sakit perut dok gelak kat depa. Aku biarkan saja dulu
![]() |
| Langsung tak bleh nak ke tengah |
![]() |
| Tu benda alah yang warna oren tu la yang disewanya |
![]() |
| Barulah lancar pergerakan masing2, mmg satu ice ring tu depa pusing |
![]() |
| barulah masing2 ceria |
Lepas sewa benda alah kereta tolak tu.... haaa masing2 bukan main lagi.... dah tak main kot2 tepi ni.... depa gilir2 lawan tolak. Bila dah kat tengah tu baru la masing2 pandai nak imbangkan badan dah boleh berdiri dan baru la boleh skate.
![]() |
| Dah pandai skate sendiri dah |
![]() |
| ewahhhhh |
Dah terer tu susah la plak nak ajak balik, jenuh dok panggil. Bukannya dengaq kalau kelui pun, dok gamit saja la ajak balik.... Iman dah mula buat perangai dah letih dok tunggu, aku pun dah tak larat nak dok ligan dia asyik dok berlari kat dalam tu.
![]() |
| dah boring la depa ni bila nak keluaq ni |
![]() |
| kami kena tunggu kat luaq sj |
![]() |
| cewahhh dah terer la konon |
![]() |
| bukan main eksyen lagi |
![]() |
| hahahaha lepas 5 saat |
![]() |
| dua-dua tewas |
Dah dekat pukul 8 jugak baru depa kluaq, masuk dari pukul 3 lebih. Seronok bukan main lagi. Keluar tu baru la masing2 rasa lapar dahaga semua ada la. Singgah makan dulu sebelum balik.
![]() |
| Bergambar dulu sebelum balik |
![]() |
| Siap dah tanya bila nak mai pulak |
06 February 2014
EPHYRA
Hari ni aku nak kongsi pasal Ephyra. Ephyra adalah minuman kesihatan berasaskan kolagen yang kaya dengan vitamin C dan 9 keajaiban alam semulajadi (kolagen ikan laut dalam, acai beri, astaxanthin, L-glutathione, acerolla cherry, serbuk tomato, bunga marigold, superberry dan gam akasia.
Apa kebaikan Ephyra ni??
Apa kebaikan Ephyra ni??
Haaa nampak tu macam-macam kebaikan yang dia ada. Aku sendiri pun dah try consume kolagen ni, alhamdulillah nampak la perubahan kat muka ni, takdak la kusam macam dulu lagi. Kalau dulu kulit kat tepi kuku aku ni selalu kering dan merekah, la ni alhamdulillah dah kurang banyak la. Mungkin sebab bila minum kolagen ni kita kena minum banyak air, sebab tu la sama kot kulit kita bleh jadi lembab.... ker salah teori aku ni... hahahaha....
Aku ni bukannya jenis yang rajin consume apa2 pun produk kesihatan ni tapi alhamdulillah dengan Ephyra ni aku boleh bertahan la plak. Mungkin sebab rasanya yang masam-masam manis macam oren sunquick tu, sedap la bagi aku sebab aku ni memang suka makanan atau minuman yang masam-masam. Selain dari rasa yang penting bagi aku adalah EPHYRA ni ada pensijilan halal dari JAKIM dan juga kelulusan KKM.
Memey tu dah jadi duta EPHYRA la ni, dia yang start amik ephyra pastu ephyra terus lantik jadi duta, tu la untung jadi artis kan, aku minum ni takdak sapa la plak nak lantik jadi duta nooo.... hahahaha ada hati. Ok balik pada cerita asal..... aku sebelum cuba memang aku cari dulu bab2 halal haram ni takut weyyy nak jadik darah daging ni. EPHYRA ni produk anak tempatan yang memang confirm dapat sijil halal dari JAKIM, kalau tak yakin pi check sendiri kat website halal JAKIM nu cari oceanlife marketing sdn. bhd. atau search sj EPHYRA. Ni aku snapshot
Tu dia harga dia berbaloi-baloi habaq pi kat hampa. RM197 dapat 30 sachet. Tahan sebulan tu kalu minum sehari 1 sachet. Aku dulu mula2 amik 2 sachet 1 hari almaklum la kulit muka aku ni kritikal dah tapi la ni aku maintain satu sachet sj sehari. Kalu hampa nak cuba dulu boleh beli yang trial pack RM68 saja ada 10 sachet. Tapi aku rasa baik hampa amik yang 30 sachet terus bukan apa takut tak nampak sangat kesan dia kalau 10 sachet sj. Kalau nak try rasa dulu macam mana rasa dia habaq mai kat aku, aku bleh bagi dulu 1 sachet beda rasa.
Kalau rasa2 berminat jangan malu jangan segan contact aku: email - suhaila.hashim@gmail.com. sms/whatsapp 0124937905 aku nanti bagi special price kat hampa semua
| Ni muka tuan tanah si empunya cerita |
Subscribe to:
Posts (Atom)













































