05 February 2014

Cerita ceriti cuti sekolah - Part 2 (jom main masak-masak)

Kelas memasak di GBOB Shah Alam


Kejadian berlaku pada minggu ke dua cuti sekolah (kalau tak silap la, lama sangat baru nak bercerita kan sampai dah lupa tarikh). Sesaja daftar kakak, Ali dan Alisha kat GBOB ni, nak bagi ada aktiviti sementara nak balik kampung. Hari sabtu rasanya kot mula pukul 9 sampai 12 tengahari. Sekejap saja pun tapi the kids enjoy themselves very much. Itu yang penting pun. Seronok dapat main ngan tepung, dengan perkakas memasak. Kalau kat umah susah sket nak bagi kan, haaaa kat sini masak la engkau puas2. 


Sebelum kelas bermula bergambar dengan Teacher dulu


Teacher sedang tulis nama kat sticker utk pakai dibaju

Dalam satu kelas ada 8 orang saja, so sempat la teacher dengan sorang pembantu nak melayan kerenah sorang chef-chef cilik ni.


Alisha dah tak sabaq nak memasak


Baca doa dulu sebelum mula
Sebelum kelas mula, teacher suruh baca doa dulu, teacher tanya sapa nak baca doa, Ali dengan beraninya volenteer untuk baca doa, syabas bete

Basuh tangan dulu sebelum pegang bahan memasak

Chef cilik

Nampak tu dah tak sabar-sabar

Menu pertama white coklat biskut oreo (taktau nama sebenar menu ni, lupa sebenarnya). Simple menu untuk train motor skill budak2 ni. Teacher tolong letakkan white chocolate dalam mould tu, depa kena bukak biskut oreo tu lekatkan  batang plastik kat  atas krim, cantumkan semula dan letak dalam mould tu semula. Simple but meaningful.


sabar menanti giliran


macam mana nak buat ni.....

begitu tekun sekali Ali mengerjakan biskut oreonya

Alisha mula tu perlu bantuan teacher


Yeay Alisha dah pandai buat sendiri
Rasanya Alisya peserta paling muda, walaupun perlu banyak bantuan dari teacher tapi dia berjaya buat sendiri banyak benda jugaklah

bersungguh-sungguh menyiapkan menu masing-masing




Alisha dah siap

Teacher letakkan lapisan coklat putih kat bahagian atas pula


Masa untuk deco

Tabur jangan tak tabur


Dah pun siap, ketepikan supaya coklat tu mengeras

Menu kedua adalah cup cake. Tak sabar bebudak ni nak bermain dengan tepung. Nak sukat sendiri tepung, gula, nak pecahkan telur. Satu pengalaman yang sangat best bagi depa



ready

Mula, kakak yang paling besar mulakan dulu

bersungguh-sungguh Alisha menyukat tepung



Dah siap sukat masuk dalam pengayak, aktiviti mengayak tepung pun bermula. Lawak betui budak2 ni semua mula nak mengayak tu. Bukannya pengayak yang bergerak tapi badan depa yang dok goyang. Lepas  dua tiga kali cubaan semua dah ok la, dah terer mengayak.





Alisha last sekali siap, asyik badan yang bergoyang bukannya pengayak

Tunggu arahan seterusnya dari teacher


Teacher tengah tunjuk measuring cup yang betul utk sukat marjerin

tengah pilih measuring cup 


Teacher tolong sukat dan masukkan marjerin

sukat gula pulak


Bukan main seronok lagi alisha bleh main masak2 yer







okay dah masuk 3 bahan tu dah boleh mula pukul rata






Alisha sampai kena berdiri, punya bersungguh nak mix semua bahan

Teacher tolong mix guna mixer


Lepas depa dah mix kan semua bahan, teacher guna hand mixer utk sebatikan semua bahan-bahan. Lepas tu sessi memecahkan telur plak.  Pecahkan telur dalam bekas kecil dulu, takut termasuk kulit sekali. Macam2 gaya memasing nak pecahkan telur.







sambung mengacau



Masa untuk masukkan tepung

dah siap utk dibakar






Dah siap isi dalam cup, dah boleh mula membakar. Dapat la sorang dalam 8 biji cupcakes. Oven ada dua sj, ada 8 dulang yang nak dibakar, so lama la sket masa menunggunya. Tak sabar2 la bebudak ni asyik dok jenguk ke dalam oven






yeayyy dah masak, ready for deco plak























Packing time


Akhirnya pukul 1 lebih jugak baru siap semuanya. Dah siap deco semua,  teacher bagi kotak utk bawak balik kek masing-masing. Lepas tu teacher bagi sijil.


























Balik umah paksa mak dengan ayah makan kek yang depa buat. Tapi depa memang enjoy la hari tu. Satu pengalaman baru bagi depa.



12 January 2014

Cerita ceriti cuti sekolah - Part 1


 fuhhhh dah dekat sebulan cuti sekolah abih tak bleh nak update lagi. Masa ooo masa kenapa terlalu cepat engkau berlalu. 7  minggu lebih kurang kot cuti sekolah hari tu kan.... bz ngan macam2 aktiviti.....
Minggu pertama cuti tu konvo Muhammad Ali hari sabtu pastu hari isnin konvo Najib kat UIAM. Kak, Abang Omar, wani ngan  Jaimi sekeluarga mai tidoq di umah.


Msu Iman dok layan anak menakan 


Konvo Najib sesi pagi, Najib pi dari rumah kak ipaq dia kat kl, ayah, jaimi, kak ngan abang pi dari rumah aku, aku petua saja jalan kat depa dengan harapan bleh sampai ontime.... last2 sesat barat sampai UIA Najib dah masuk dewan, kad jemputan takdak, akhirnya kak ngan abang tengok live telecast dari dewan sebelahnya saja. Aku, Ecah, Nurul ngan anak2 menyusul pi dah dekat pukul 10 dah, masak untuk bawak bekal dulu. Sampai sana ayah tunggu tepi jalan ingat nak drop anak2 dulu tapi sbb PR ayah kami boleh parking tepi dewan saja.

Najib (sebuk dok sms cari isteri yang ntah kat mana lepas keluar dewan)

Dalam pukui 12 lebih Najib keluar dewan kami tunggu kat atas jambatan sebelah dewan besar, jumpa kat situ, bergambar kat situ saja semua malas nak bergerak ke mana2 dah pasai panas sangat hari tu dengan anak2 ku seperti biasa kalau tak buat perangai bukan dia budak la kan

Budak yang tak sabaq nak konvo jugak











Famili Jaimi

Tak cukup korum

Tu sorang lagi tu tengah tunjuk perasaan pasai kena tunggu lama sangat



Muhammad Ali ni bukannya boleh kalau kena tunggu lama2 ni, mula la macam2 drama dia buat

suka-suka hati nak baring kat mana

langsung dah tak bleh senyum

Memang takdak dia dalam mana-mana gambaq beramai-ramai. Dah nak balik terserempak pulak ngan kazen, anak dia pun konvo jugak. Dok bersembang lama la pulak, lagi panjang la muncung Ali.




Najib tak ambik pun gambaq studio sebab dah malas nak tunggu. Bincang punya bincang punya bincang akhirnya semua setuju untuk ke  Genting Highland. Dah lama tak ke Genting last pi masa aku konvo master dulu. ahli rombongan yang sama jugak cuma anak dah bertambah lagi 3 oghang. Masa konvo master Kak Arah baru setahun lebih. Betapa cepat masa berlalu.


Satu-satunya kakakku dengan menantunya Aisyah wife najib


Berenti makan n solat kat Genting Sempah 



Najib dan Aisyah

Najib ngan Aisyah ni buat bisnes online. Lepas grad dua2 tak keja sebab dah terjebak ngan online bisnes. Macam2 depa juai kalau nak tau bleh la jengok2 kat sini Aisyahouse








Dah ceria kembali sebab bleh naik kereta drift abang syuwari

Naik Genting dah pukul 4 lebih. Rupanya outdoor park tengah renovate so jalan2 dalam apa nama tah nak ingat la plak shopping kompleks tu. Main indoor game sajor




















Pinjam stroller kikah

Hahahahha gambar dah tunggang langgang. Malas dah aku nak menyusunnya. Sekejap saja kami kat sana, lepas maghrib dah turun balik. Mula2 plan nak pi makan sate kat Kajang tapi sebab masing2 dah keletihan terus balik makan kat Shah Alam saja. Oklah sambung lagi nanti dalam part 2 yang ntah bila....... peace