10 September 2013

Celebrate birthday kakak

Hari jumaat 6/9/2013 besday kak arah yang ke 8. First time sambut besday kat shah alam, kek pun tak beli. Tanya kakak takpa dak kalau tak beli kek, dia tak kisah pun so jom la kita ke ICity. Jumaat malam tu balik dari sekolah terus la siap-siap ke ICity. Dalam pukul 9 sampai ICity, dekat saja pun dengan umah dalam 10 minit saja. Masa sampai tu hujan renyai2. Plan awai depa nak mai keta mainan kat outdoor tapi sebab hujan jom lah kita main kat indoor saja. So kami pun pi la kat  playground IKidz World kot nama dia.


tak leh nak rotate la plak

Kena bayaq sorang RM 20. Caj ni utk hari jumaat, sabtu ngan ahad kalau hari lain sorang RM14. Budak-budak umur dari 2 - 12 tahun. 


Birthday Girl

Ok la jugak mainan dalam tu agak banyak, kawasan luas, selamat dan ada ruang untuk orang dewasa yang dok tunggu, yang penting ada free wi-fi kat dalam tu. Kat tempat menunggu tu dia letak 2 buah kerusi mengurut yang kena masukkan coin tu, aku tak sempat pi duduk pun sebab dok mngejar si Iman, budak baru dapat kaki, seronok kemain dia berjalan kat dalam tu.

confuse banyak sangat bola


Dah makin jauh langkahnya

Apa dik?

Excited dapat panjat tangga



Sotong ni berpusing pusing jenuh ligan nak bleh amik gambaq ni

Ali excited bleh lompat guna bola besar




Oghang panjat ikut tangga dia panjat ikut tempat gelongsor

Berjaya juga sampai kat atas

Oghang tak ramai sangat so boleh la budak2 ngan mak budak ni main sesuka hati. Alisha boleh plak dok buat show kat dalam tu, dia ni kalau satu hari tak melalak tak sah la.

Buat show bawah gelongsor

Sebelum balik tu Ali jatuh tersembam kat mana tah sampai patah gigi depan dia. Gigi depan tu memang dah longgar dan terjungkit sket ke depan sebab kat gigi kekal dah tumbuh kat belakang. Katanya esok nak bawak ke klinik la,tak sempat ke klinik dah patah kat iCity, bagus la jugak kan. Banyak gak darah, dalam tu ada toilet so tak payah la kluar masuk lagi kan, dia berkumur lama gak kat dalam toilet tu baru darah berhenti.

Budak patah gigi

Kakak ni pi mana2 pun mesti dapat kawan

Dekat pukul 12 gak la baru balik, tu pun jenuh nak ajak balik la kan, kalau dah boleh main mana nak mengantuk kan, iman pun sama naik gak mainnya, tak mengantuk dia. Maknya la yang tak larat nak turut, ayah tah ke mana-mana dah hilangnya. Ajak dia lepak kat ruang rehat, bukan main lagi duduk baca majalah kat situ, tapi pun 2 minit jer kot bertahan lepas tu abih di punggahnya botol mineral ngan air tin yang dijual kat situ
Apa gossip bulan ni Iman


tak baik bergossip ni mak

Balik tu singgah supper kat khulafah bistro, pekena roti canai ngan tosai. Sampai umah dah pukul 1 lebih.


Keletihan




09 September 2013

6/9/2013

Selamat hari jadi kakak Alia Insyirah. Kakak dah 8 tahun hari ni. Semoga kakak menjadi anak yang solehah,. Terima kasih kakak sebab selalu tolong mak jaga adik, walaupun kadang dengan muka ketat. Mak, Ayah ngan adik2 semua sayang sangat dengan kakak.

kat masjid negeri shah alam awal tahun hari tu

p/s kejadian 3 hari lepas baru nak update haiii laaah
nnt update cerita celebrate besday besday kakak plak, entah bila tahun la gamaknya kan




03 September 2013

Thalasemia



Kami adalah keluarga Thalasemia. Emak (aku), Ayah, Ali, Alisha dan Iman. Cuma kakak Insyirah sorang saja tak ada thalasemia. Baru bulan lepas kami sekeluarga buat ujian darah kat PPUM. Aku tau aku ada thalasemia trait masa mengandungkan Muhammad Ali. Alisha pulak masa umur dia setahun lebih, tapi masa tu aku tak penah bawak dia untuk pemeriksaan lanjut kat mana-mana hospital. Apa dia Thalasemia? Jom aku cerita sikit kat sini.

Thalasemia merupakan penyakit bawaan yang diturunkan dari ibu atau bapa kepada anaknya  sejak masih dalam kandungan. Jika pasangan suami isteri adalah pembawa gen thalasemia, maka kemungkinan anaknya akan menderita thalasemia sebesar 25%, pembawa gen thalasemia (50%) dan normal 50%.


Bagi kes family aku sorang normal (kakak), dua orang pertengahan (berkemungkinan boleh menjadi major) Alisha dengan iman, sorang pembawa sahaja (Ali). Apa-apa pun pengetahuan tentang penyakit thalasemia ni sangat penting, Macam aku walaupun selepas Alisha di diagnos ada thalasemia tak pula aku bawak dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut masa tu, mungkin aku masih harap dia sihat macam budak2 lain jugak, ya lah sapa yang nak anak sakitkan, walaupun sejak umur setahun boleh di katakan 2 atau 3 bulan sekali dia kena warded sebab demam yang tinggi sampai 40 C atau pun batuk berkahak yang berpanjangan. Lagi pun doktor yang bagitau keputusan darah dia masa tu takdak pula tekankan suruh buat pemeriksaan lanjut kat hospital, memang dia ada sebut suruh register dengan persatuan thalasemia kat hospital kerajaan, tapi just cadangan macam tak serius pun, so aku pun tak dak la amik apa2 tindakan masa tu. Masa tu kami kat kedah lagi. 

Alhamdulillah kami dipertemukan dengan doktor yang sangat prihatin kat DEMC, dialah yang buat surat rujukan untuk kami sekeluarga buat pemeriksaan kat PPUM. Masa tu Alisha dimasukkan ke wad sebab batuk berkahak dan dia dah mula  lelah, masa tu jerebu tengah teruk kat Malaysia ni sampaikan kat Muar johor di isytihar darurat. Keadaan fizikal Alisha masa tu mata dia nampak kekuningan, tulang pipi dia nampak tinggi, aku tak la syak apa-apa sebab mata dia tu memang dah lama kekuningan  sebab hb dia memang rendah, cuma masa tu hb (hemoglobin) dia terlalu rendah, berada kat bawah paras selamat, 6 sahaja, Dr Ahmad kat DEMC terus decide untuk masukkan darah kat dia. Lepas tu la terus dia buat surat rujukan untuk kami bawak Alisha buat pemeriksaan lanjut kat PPUM. So sekarang Alisha dengan Iman berada di bawah jagaan PPUM lah, sebulan sekali kena pi buat check up.

Kenapa Alisha dengan Iman saja yang kena buat pemeriksaan bulanan? padahal aku, suami dan Ali pun ada thalasemia jugak. Sebenarnya thalasemia ni ada 2 jenis. Penerangan kat bawah ni aku amik dari sini http://firadeqya.blogspot.com/2011/07/jenis-jenis-thalassemia.html

Thalassemia Minor : Thalassemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talassemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda thalassemia atau pembawa.Kesan thalassemia mungkin hanya kelihatan setelah pesakit memasuki alam persekolahan.Kadangkala pesakit tiada simptom langsung dan penyakitnya hanya dikesan melalui ujian darah contohnya semasa mengandung.

Thalassemia Major : Thalassemia Major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka thalassemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda thalassemia.Pemindahan darah diperlukan tiga hingga empat minggu sekali untuk mengekalkan tahap HB yang optima.Penerimaan darah berterusan menyebabkan lebihan zat besi yang terkumpul di dalam badan.Lebihan zat besi ini boleh merosakkan jantung,hati dan pankreas yang mengakibatkan pesakit menemui ajal semasa remaja.

    Uish dah azan subuh la, nanti aku sambung lagi, banyak lagi penerangan pasai thalasemia yang kita kena tau ni.




    02 September 2013

    Jamuan Raya sekolah Ali & Alisha




    Hari jumaat 30/8 baru ni sekolah Ali buat jamuan raya, malam tu aku buat puding karamel  untuk pot luck. Hari Jumaat tu agak kalut jugak la sebab agenda penuh. Mula pagi2 tu jumpa DrWan, lepas tu pi jamuan raya Ali, hantaq kakak pi kat Zu, dia tolong hantaq kakak pi skolah pasai petang tu kami pi PPUM utk check-up Alisha.






    Masa hantaq Alisha pi skolah pagi2 tu baru tau rupanya sekolah dia pun buat jamuan raya jugak, pihak sekolah cuma maklumkan melalui whatsapp, takdak sebarang surat menyurat, aku plak pakai tepon hat boleh baling kepala anjing mana nak ada whatsapp2 ni, kesian jugak kat dia sebab dia sorang kot tak pakai baju raya, nak patah balik pun dah tak sempat sbb dah appointment dgn Drwan pukui 9.


    31 August 2013

    Merdeka Merdeka Merdeka

    Salam merdeka

    Selamat menyambut hari merdeka buat semua. Apa erti Merdeka buat anda? Aku sebuk ngan literature review di pagi merdeka ini, takdan nak tengok perbarisan kat tv pun.

    Muhammad Ali @MHI @TV3


    Hari khamis 29/8/2013 Ali terpilih untuk ke program MHI kat TV3, pasai kemerdekaan. Tadika Little Caliph dijemput oleh tv3 utk budak2 ni buat persembahan. Dapat short notice from mhi sempat berlatih 2 hari saja, kena menyanyi lagu Tanggal 31 Ogos, dengan Saya Anak Malaysia, dan ada satu sajak, utk sajak Ali kena hafal sket saja yang bahagian bawah sajak tu. 2 hari tu sebuk la berlatih bersungguh2 hati ni. Jenuh la kat rumah gheyuh ngan lagu tanggal 31, dia pasang dari youtube.

    Pagi khamis tu bangun sket punya awai, sekali kejut sj terus lompat bangkit masuk bilik air mandi.... hahahaha semangat sungguh. Pukui 6.15 ayah pi hantaq kat sekolah. Kami semua tunggu depan tv la pagi tu, sebelum tu tak penah pun dok tengok MHI ni, Ali punya pasai hari tu semua pakat dok melanguk tengok MHI termasuk tok ngan mak2 menakan kat kampung.

    Dalam pukui 8.45 cam keluaq la depa punya segmen tu, tapi sayang sebab masa tak cukup depa tak nyanyi pun lagu tanggal 31 tu, kesian pulak Ali teruk2 praktis tp tak leh perform pun, yang ada cuma bacaan sajak oleh budak pompuan, baru 5 tahun budak tu tapi keletah bukan main lagi. Hos hari tu Ahmad Fetri Yahya ngan sorang pompuan aku tak tau sapa nama dia, hos baru rasanya sebab tu aku tak kenai. Penyanyi Black pun ada, Black tanya Ali sapa nama, confident sj dia jawab lepas tu black tanya kenai tak abang ni sapa, terus senyap Ali. Hahahaha mana la Ali kenai artis2 ni kan, kalau ustaz Don ngan ustaz Kazim tu Ali kenai la pasai mak ngan ayah selalu tengok kat umah, depa asyik dok tengok katun saja.

    Ali dok languk tengok apa la tu


    Black tengah interview

    29 August 2013

    come back

    cubaan cubaan.... hidup ke lagi blog ni